awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri keyakinan kepada guru urus PdPR - NUTP

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
26/01/2021
05:22 MYT
Beri keyakinan kepada guru urus PdPR - NUTP
Aminuddin berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta semua pihak khususnya ibu bapa untuk meletakkan keyakinan kepada pihak sekolah dalam menguruskan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.
Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa sehingga pembelajaran fizikal dilakukan semula.
Bagaimanapun beliau mengakui kaedah PdPR bukanlah sesuatu yang terbaik, namun perkara itu perlu dilakukan sebagai pengganti agar kesinambungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat diteruskan.
"Saya rasa berilah keyakinan kepada pihak sekolah untuk menguruskan perkara ini dan saya yakin apabila sekolah dibuka selepas keadaan COVID-19 reda, guru-guru akan laksanakan pelbagai program bagi memastikan mana-mana yang tertinggal akan dibaik pulih sepenuhnya sehingga akhir tahun ini.
"Tambahan pula, PdPR ini adalah pengganti kepada kaedah pembelajaran secara fizikal dan ia hanya bersifat sokongan bagi memastikan kesinambungan pembelajaran berlaku," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata, sesi PdPR yang dilakukan guru ketika ini berasakan kepada ruang lingkup yang ditetapkan Kementerian Pelajaran (KPM).
"KPM sudah menetapkan kaedah PdPR secara dalam talian ini perlu diadakan mengikut waktu tertentu iaitu pagi pra sekolah, PdPR hanya perlu dijalankan dalam tempoh sejam.
"Bagi pelajar sekolah rendah pula, 1 hingga 2 jam, pelajar menengah rendah (2 hingga 3 jam); pelajar menengah atas 3 hingga 4 jam masing-masing dalam tempoh sehari," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
#pengajaran dan pembelajaran
#COVID-19
#sekolah
#pelajar
#guru
#NUTP
#PdPR
#online
#Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
#PnP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan