JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon bersedia memberikan dua pemain naturalisasi baharunya - Paulo Josue dan Endrick Dos Santos - lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainannya sambil berusaha mengetepikan jangkaan, menjelang dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tahap 1, minggu depan.
Jurulatih Korea Selatan itu berkata kedua-dua pemain telah membuktikan diri mereka dalam liga sebelum ini, justeru penting untuk mereka membiasakan diri dengan rentak permainan pasukan kebangsaan.
"Seperti anda katakan, Joshua dan Dos Santos...kami menaruh harapan tinggi terhadap mereka agar dapat membantu mempertajamkan serangan kami, tetapi kami tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada mereka. Kami (terlebih dahulu) berusaha untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan pasukan, agar mereka dapat meneroka potensi diri.
"Saya rasa mereka sudah membuktikan kebolehan diri mereka dalam Liga Super. Saya rasa semua orang tahu bahawa mereka permain yang berkualiti tinggi, tetapi saya rasa peminat dan saya sendiri, memerlukan sedikit kesabaran kerana mereka juga manusia, tidak mudah untuk mereka menyesuaikan diri.
"Kami perlu memberi sokongan penuh kepada mereka supaya dapat membantu, kami," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pertama skuad itu di padang Padang Sri Gelam, di sini semalam.
Selain dua pemain bola sepak kelahiran Brazil itu, Kim turut memanggil 12 muka baharu menyertai latihan berpusat kebangsaan bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong pada 28 Mac di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.
Antara muka baharu ialah penjaga gol Damien Lim, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Fayadh Zulkifli Amin, Daniel Ting, Feroz Baharudin dan Nooa Laine kelahiran Finland.
Pan Gon juga mengekalkan sembilan daripada 23 pemain yang beraksi dalam pertandingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 pada Januari.
Ditanya mengapa dia menghubungi Laine, Pan Gon berkata dia berasakan pemain berusia 20 tahun itu adalah tambahan kekuatan kepada pasukan, setelah memperoleh pengalaman berharga bermain untuk SJK Seinajoki dalam Division teratas Finland.
"Seorang pemain muda, tetapi mempunyai banyak pengalaman di Division Satu. Saya melihat tarikan kuasa yang baik, kuat dan semangat juang yang tinggi, jadi kami mahu melihat kualiti itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Kim Pan Gon ketika ditemui media pada sesi latihan Pasukan Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong di Pusat Latihan JDT, Johor Bahru, 18 Mac 2023. --fotoBERNAMA

Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK ditawarkan dalam CPTPP - Tengku Zafrul
Susulan itu, UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

PM Anwar bertemu Premier Li Qiang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Li Qiang.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH
Dakwaan dibuat oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Kualiti padang antara faktor kemenangan Harimau Malaya - Safee
Permukaan padang berkualiti tinggi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, jelas antara faktor membantu Harimau Malaya mencatat dua kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, baru-baru

Harimau Malaya atur dua lagi pertemuan Jun depan
Anak buah Kim Pan-gon itu akan beradu kekuatan dengan Kepulauan Solomon dan Yaman.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Muhammad Akhyar sangat puas hati ledak dua gol dalam dua perlawanan
Pemain sayap negara Muhammad Akhyar Abdul Rashid amat berpuas hati selepas meledak dua gol dalam dua kemenangan penting skuad Harimau Malaya pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA.

Pan Gon gembira dengan kemenangan Harimau Malaya, gesa penambahbaikan
Namun, jurulatih itu berkata, yang mengecewakan beliau ialah anak buahnya tidak dapat mengekalkan intensiti permainan.

Harimau Malaya terus cemerlang, mudah benam Hong Kong
Harimau Malaya meneruskan rentak cemerlang selepas menundukkan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan Tier 1 kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa malam.

Persaingan di posisi pertahanan pasukan negara cukup sengit - Shahrul Saad
Shahrul mengakui berdepan cabaran hebat bagi merebut kesebelasan utama skuad Harimau Malaya berdepan Hong Kong.

Hong Kong belum dapat pemain terbaik berdepan Harimau Malaya
Joern Andersen berkata masih ada beberapa pemain yang terikat dengan pasukan yang diwakili dalam saingan Liga China dan sukar mendapat pelepasan.