Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan tidak akan bertanding apa-apa jawatan parti di semua peringkat bagi memberi ruang kepada muka baharu.
Jelasnya, ia seiring langkah perubahan total di dalam parti UMNO sendiri.
Mas Ermieyati dalam pada itu berharap pimpinan lama UMNO memberi ruang kepada muka baharu untuk memimpin, termasuk daripada sayap parti sendiri.
"Buat masa ini, khidmat bakti kepada Masyarakat Masjid Tanah yang telah memberi kepercayaan untuk mewakili mereka di Parlimen satu-satunya menjadi fokus saya.
"Malah, saya juga akan tamat tempoh memimpin Pergerakan Puteri UMNO Malaysia untuk diserahkan baton kepimpinan kepada pemimpin Puteri yang lain," katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitternya hari ini.
Sebelum ini, Mas Ermieyati berkata krisis politik yang melanda parti pemerintah Barisan Nasional di negeri Perlis sebagai cerminan punca kenapa UMNO ditolak oleh anak muda.
Beliau turut menyifatkan perebutan kuasa berpanjangan menjadi contoh terbaik penolakan anak muda terhadap UMNO.
BACA: Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO
BACA: Jawatan Presiden UMNO akan dipertandingkan - Ahmad Zahid
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April, 2019.
Jelasnya, RoS bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa dengan merujuk kepada Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan.
Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei 2018 (Sabtu) sehingga 10 Jun (Ahad) 2018.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 (Sabtu) dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.
Astro Awani
Sat May 26 2018
Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan tidak akan bertanding apa-apa jawatan parti di semua peringkat bagi memberi ruang kepada muka baharu. -Foto BERNAMA
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.