awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasaran automotif Malaysia kekal utuh pada 2025, TIV cecah 820,752 unit - MAA
Perpustakaan Negara lancar pusat imersif, perkasa pendigitalan warisan negara
Remaja dikaitkan JI, Malaysia pilih pendekatan pemulihan - Ayob Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2020
15:41 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 24 November 2020.
1) Aktivis pro-demokrasi Hong Kong Joshua Wong bakal dihukum penjara
Aktivis pro-demokrasi Hong Kong, Joshua Wong ditahan dalam tahanan selepas mengaku bersalah atas tuduhan yang berkaitan dengan tunjuk perasaan di luar ibu pejabat polis tahun lalu.
2) PM Israel adakan pertemuan rahsia dengan Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman, umum pegawai Israel pada Isnin, yang pertama seumpamanya dilakukan pemimpin Israel.
3) COVID-19: Kes positif global cecah 59 juta, korban lebih 1.39 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 59 juta. Ini berikutan lebih 540,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
4) Dakwa dicabul guru, wanita ini sebaliknya dikecam suarakan isu gangguan seksual di sekolah
Seorang wanita di Thailand dikecam kerana mengetengahkan isu gangguan seksual melibatkan sistem pendidikan dalam protes menentang kerajaan di Bangkok, baru-baru ini.
5) Biden umum lantikan 6 jawatan penting, beri bayangan pulihkan dasar luar AS
Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin mengumumkan enam jawatan penting dalam pentadbirannya selepas dilantik secara rasmi.
6) GSA sedia mulakan peralihan kuasa kepada Biden secara rasmi
Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa memaklumkan pihaknya sudah bersedia memulakan proses peralihan kuasa kepada bakal Presiden Joe Biden secara rasmi.
7) COVID-19: Gabenor Tokyo beri jaminan Sukan Olimpik yang selamat
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan mendadak kes positif COVID-19 di bandar itu sejak kebelakangan ini.
8) COVID-19: Tempoh kuarantin boleh dikurangkan terhadap pengembara ke England
Kerajaan Britain mengumumkan pengembara yang tiba di England dari destinasi yang tidak dikategorikan dalam senarai negara yang selamat dari COVID-19 akan dapat mengurangkan tempoh kuarantin bermula bulan hadapan.
9) Sputnik V didakwa vaksin paling murah dengan keberkesanan lebih 90%
Vaksin Sputnik V lebih berkesan bagi mengelak jangkitan COVID-19 kerana ia mampu meningkatkan tahap imun yang lebih efektik dan tahan lama, dakwa Ketua Pengarah Eksekutif Dana Pelaburan Langsung (RDIF), Kirill Dmitriev.
10) COVID-19: Acara hujung tahun di New York diteruskan dalam norma baharu
Acara 'ball drop' yang disambut setiap tahun menjelang sambutan tahun baharu di Times Square, New York tetap akan diteruskan tahun ini dengan norma baharu.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#COVID-19
#Hong Kong
#Joe Biden
#Arab Saudi
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan