awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tempoh kuarantin boleh dikurangkan terhadap pengembara ke England

Agensi
Agensi
24/11/2020
14:46 MYT
COVID-19: Tempoh kuarantin boleh dikurangkan terhadap pengembara ke England
Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps berkata tempoh kuarantin 14 hari boleh dikurangkan bagi mereka yang disahkan negatif lima hari sebelum tarikh pelepasan ke England. - Foto: Reuters
LONDON:Kerajaan Britain mengumumkan pengembara yang tiba di England dari destinasi yang tidak dikategorikan dalam senarai negara yang selamat dari COVID-19 akan dapat mengurangkan tempoh kuarantin bermula bulan hadapan.
Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps berkata tempoh kuarantin 14 hari boleh dikurangkan bagi mereka yang disahkan negatif lima hari sebelum tarikh pelepasan ke England.
Perubahan itu akan dikuatkuasakan bermula 15 Disember dan ia merupakan perubahan yang amat dinantikan industri pelancongan United Kingdom yang terkesan teruk akibat pandemik yang menular di seluruh negara.
Berdasarkan penguatkuasaan yang baharu itu, pengembara boleh memendekkan tempoh kuarantin dengan melakukan ujian saringan dengan syarikat swasta sebelum atau selepas tempoh lima hari berjumlah 65 pound (RM354.95) atau 120 pound (RM655.30).
Keputusan ujian saringan akan dimaklumkan dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas ujian dilakukan, yang sekali gus bermakna pengembara hanya perlu menjalani tempoh enam hari kuarantin selepas tiba di England.
Topic Berkaitan
#Britain
#England
#United Kingdom
#pelancongan
#COVID-19
#ujian saringan
#Grant Shapps
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan