PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman, umum pegawai Israel pada Isnin, yang pertama seumpamanya dilakukan pemimpin Israel.
Terdahulu, media Israel melaporkan Netanyahu pada Ahad secara rahsia terbang ke Neom, bandar di barat laut Arab Saudi yang terletak dalam wilayah Tabuk, berdekatan Laut Merah, untuk mengadakan perbincangan yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo.
Bagaimanapun, perjumpaan antara Netanyahu dan Putera Mohammad Salman itu dinafikan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan.
"Saya menemui Pompeo di lapangan terbang dan telah pergi bersamanya ke pertemuan itu. Saya kemudian membawanya kembali ke lapangan terbang.
"Hanya pegawai Arab Saudi dan AS sahaja yang hadir sepanjang perjumpaan itu," katanya kepada Reuters.
Arab Saudi telah sekian lama menyokong usaha Palestin dan mengelak sebarang hubungan rasmi dengan Israel.
BACA: PM Palestin umum kembali jalin hubungan diplomatik dengan Israel
Mengulas mengenai penafian Arab Saudi itu, Netanyahu dilihat mengambil pendekatan berhati-hati.
Ditanya berhubung perkara itu, beliau berkata kepada media: "Anda serius? Selama ini, saya memang tidak pernah komen berkenaan perkara seperti itu dan saya tidak bercadang untuk mula berbuat demikian sekarang."
Jurucakap Pompeo juga enggan mengulas.
Bagaimanapun, seorang anggota Kabinet Netanyahu, Yoav Gallant, berkata kepada Army Radio: "Hakikat bahawa pertemuan itu diadakan, dan ia kini diketahui umum, walaupun tidak secara rasmi buat masa ini, ialah sesuatu yang sangat penting."
Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gants dalam satu ucapan mengecam perbuatan "membocorkan maklumat mengenai penerbangan rahsia ke Arab Saudi" itu.
Agensi
Mon Nov 23 2020

Perjumpaan antara Benjamin Netanyahu dan Putera Mohammed Salman itu merupakan yang pertama seumpamanya oleh pemimpin Israel. - REUTERS

COVID-19 | Jawatankuasa setuju memobilisasi sumber persekutuan dan negeri - KSN
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bersetuju untuk memobilisasi sumber perkhidmatan awam persekutuan dan negeri bagi memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

COVID-19 | 11 kes kematian dua hari berturut-turut
Malaysia catat kes kematian baharu sebanyak 11 kes bagi tempoh dua hari berturut-turut manakala kes baharu COVID-19 dilaporkan sebanyak 3,585 kes.

Air Terjun | Kerajaan Perak nafi dakwaan air terjun musnah sebab aktiviti kuari
Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin sekali lagi menegaskan dakwaan dibuat Persatuan Aktivis Sahabat Alam bahwa Air Terjun Tanjung Batu musnah akibat aktiviti kuari tidak benar sama sekali.

Kelantan | Jenayah seksual & rumah tangga meningkat tahun lalu
Berlaku sedikit peningkatan kes jenayah seksual dan rumah tangga di Kelantan sepanjang pelaksanaan PKP tahun lalu.

Mahkamah: Anggota polis marin didakwa 43 pertuduhan rasuah
Seorang anggota polis marin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 43 pertuduhan rasuah berjumlah RM146,350 antara tahun 2016 hingga 2019.

Kediaman tidak terjual bernilai RM42.49 bilion, kekal tinggi pada 2021
Sebanyak 57,390 unit kediaman siap dibina tidak terjual bernilai RM42.49 bilion menjadikan isu ‘overhang’ kekal sebagai masalah negara yang masih belum dapat diselesaikan secara efektif.

COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun
Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut akibat pandemik COVID-19. Angka berkenaan sekali gus menjadikan jumlah korban akibat wabak COVID-19 di Malaysia dalam tempoh setahun sudah mencecah 700 kematian.

PdPR: Program TV Pendidikan mulai 27 Januari ini - KPM
Ia salah satu usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
![AWANI Sarawak [26/01/2021] - 205 positif, tiga kematian | Balai Polis Sentral Sibu sesak! AWANI Sarawak [26/01/2021] - 205 positif, tiga kematian | Balai Polis Sentral Sibu sesak!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/8859972951611660639255/1887273_27524278431611660895585_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [26/01/2021] - 205 positif, tiga kematian | Balai Polis Sentral Sibu sesak!
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: Fokus #AWANISarawak malam ini: - Tiga kematian, 205 kes positif di Sarawak. - Penduduk Sibu saran pertimbang permohonan permit polis atas talian. #HapusCOVID19 #NormaBaharu

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 26 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Donald Trump umum buka Pejabat Bekas Presiden AS
Pejabat tersebut akan mengambil tanggungjawab dalam mengelola sebarang kenyataan Trump, penampilan awam, serta aktiviti rasmi beliau.

Majoriti puas hati polisi, perancangan Biden - Kajian
Peratusan itu jauh lebih tinggi daripada yang diperolehi bekas Presiden, Donald Trump pada 2017 dengan hanya 39 peratus responden berpuas hati dengan penerangan polisi Trump.

COVID-19: Amerika Syarikat kenakan larangan perjalanan terhadap Afrika Selatan
Biden turut mengeluarkan larangan masuk ke atas hampir semua pelancong yang pernah berada di Brazil, UK, Ireland dan 26 negara di Eropah.

Republikan minta Demokrat tangguh prosiding Trump
Beberapa pemimpin Demokrat turut menyokong penangguhan tarikh itu atas alasan ia memberikan lebih masa untuk Senat mengesahkan calon barisan Kabinet Joe Biden.

Prosiding pendakwaan Trump bermula minggu depan
Prosiding perbicaraan bagi pendakwaan bekas Presiden Donald Trump kerana berperanan dalam rusuhan di Capitol Hill ditetapkan bermula di hadapan Senat minggu depan.

Biden rancang kekalkan Wray sebagai Pengarah FBI
Wray dicalonkan oleh bekas Presiden Donald Trump pada Jun 2017 bagi menggantikan James Comey yang dipecat ketika siasatan FBI mengenai hubungan kempen Trump dengan Rusia sedang berlangsung.

Dewan Perwakilan boleh hantar pertuduhan terhadap Trump ke Senat seawal hari ini
Ia akan menentukan nasib Trump sama ada masih layak bertanding sebagai presiden di masa akan datang.

Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS
Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.

James Corden hasil lagu parodi sempena hari terakhir Trump sebagai Presiden
Kali ini, Corden mendapat inspirasi daripada teater Les Misrables.

Joe Biden, Kamala Harris tiba di Capitol AS bagi majlis angkat sumpah
Kamala Harris dan Joe Biden dijadualkan mengangkat sumpah jawatan tidak lama lagi iaitu jam 12 tengahari waktu tempatan.