ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 7 Julai Jumaat 2021.
1. Tiga maut, lebih 20 lagi cedera dalam kebakaran kilang di Bangladesh
Sekurang-kurangnya tiga terkorban dan 25 yang lain cedera dalam kejadian kebakaran sebuah kilang minuman di daerah Narayanganj, Bangladesh.
2. Saringan COVID-19 | Bimbang lonjakan kes, berkampung untuk kit percuma
Orang ramai berkampung semalaman di luar pusat saringan bagi mendapatkan kit ujian COVID-19 percuma di Bangkok, Thailand. Susulan peningkatan semula kes secara mendadak, ramai yang semakin bimbang apatah lagi tidak mampu membayar kos ujian saringan yang mencecah ratusan ringgit di hospital swasta.
3. COVID-19 | Vietnam laksana lockdown di Ho Chi Minh
Susulan peningkatan kes positif COVID-19 mendadak di Vietnam. Kerajaan negara itu mengumumkan perintah sekatan pergerakan selama dua minggu di Ho Chi Minh. Orang ramai hanya dibenarkan keluar membeli barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan urusan kecemasan.
4. California isytihar darurat susulan gelombang haba melampau
Gabenor California, Gavin Newsom pada Khamis mengisytiharkan darurat di lebih banyak daerah berikutan gelombang haba yang melanda sebahagian besar kawasan barat Amerika Syarikat.
5. Selepas Kabinet dirombak, India umum dana kecemasan COVID-19 bernilai lebih RM12 bilion
Kerajaan India pada Khamis meluluskan pakej rancangan kecemasan baharu bernilai lebih AS$3 bilion (RM12.56 bilion) untuk menangani pandemik COVID-19.
6. Kondominium Runtuh | Angka korban terus meningkat
Angka kematian susulan runtuhan sebuah bangunan kondominium di pantai Miami Florida meningkat kepada 64 orang 76 lagi masih hilang dan dianggap sudah meninggal dunia.
7. Pembunuhan Presiden | 28 disyaki terbabit dalam pembunuhan Presiden Haiti
Sekurang-kurangnya 28 orang disyaki terbabit dalam pembunuhan Presiden Haiti Jovenel Moise Kata polis Haiti, 26 daripadanya adalah warga Colombia, manakala dua lagi merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Haiti.
8. Panas! Gelombang haba pembunuh di Barat Laut Pasifik akan berulang lagi
Gelombang haba yang membunuh ratusan orang di Barat Laut Pasifik minggu lalu awalnya dilihat sebagai ‘mustahil’, akhirnya terjadi gara-gara sumbangan faktor perubahan iklim.
9. Runtuhan kondominium: Mayat adik ipar Presiden Paraguay ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat tragedi runtuhan Surfside di Florida menemui mayat Sophia López Moreira, adik wanita pertama Paraguay, Silvana López Moreira. Menteri Luar, Euclides Acevedo mengesahkan berita itu pada Khamis petang, menurut akhbar utama Paraguay, ABC Color.
10. Lelaki didenda rakam aksi penderaan anjing tanpa hentikan perbuatan itu
Seorang lelaki di Singapura didenda S$4,500 (RM13,920) dan dilarang memiliki haiwan peliharaan selama setahun selepas dia didapati bersalah merakam aksi penderaan seekor anjing dan tidak lakukan apa-apa untuk hentikan perbuatan itu.
Astro Awani
Fri Jul 09 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [15/06/2024] - Golongan sasar tidak terkesan | Apa ada di padang Arafah? | Kemunculan pertama bersama keluarga | Ada ciri autistik
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. PM dijangka umum berkait barang makanan esok
2. Perkembangan terkini kemuncak haji, luar biasa perasaannya di Arafah
3. Faisal Halim kembali ke stadium, melihat Selangor dari bangku penonton
4. Adik kepada Zayn Rayyan dijaga Jabatan Kebajikan Selangor sehingga 9 Ogos
1. PM dijangka umum berkait barang makanan esok
2. Perkembangan terkini kemuncak haji, luar biasa perasaannya di Arafah
3. Faisal Halim kembali ke stadium, melihat Selangor dari bangku penonton
4. Adik kepada Zayn Rayyan dijaga Jabatan Kebajikan Selangor sehingga 9 Ogos
SPRM tahan reman penjawat awam terima suapan RM65,000
SPRM Sarawak telah menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM65,000 dari sebuah syarikat pembekalan barangan.
Kembali kepada fitrah, intipati khutbah Arafah
Dalam khutbah Arafah pada hari Wukuf yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), umat Islam di Malaysia diajak untuk sama-sama kembali kepada fitrah dengan menginsafi dosa-dosa lalu sebaliknya memberi tumpuan seluruh jiwa raga untuk mentaati Allah.
Piala FA: Kehadiran Faisal Halim cetus inspirasi Selangor jinakkan NS 4-0
Selangor FC mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2024/2025 dengan bergaya selepas menjinakkan Negeri Sembilan FC 4-0.
ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha
Ia berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.
K-Colly tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah
K-Colly tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang telah memfitnah produk tersebut pada bulan lalu di laman sosial jika tiada sebarang permohonan maaf dibuat.
AWANI Ringkas: Adik kepada Zayn di bawah jagaan JKM Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Indonesia lancar kempen besar-besaran basmi judi dalam talian
Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia lancarkan kempen besar-besaran basmi perjudian dalam talian.
Keadaan selesa di Arafah, semua 31,600 jemaah tumpu berwukuf
Keadaan yang selesa di khemah jemaah haji Malaysia di Arafah serta pelbagai kemudahan yang ditambahbaik disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) membolehkan jemaah berasa selesa sekali gus berupaya menumpukan kepada ibadat di hari wukuf di bumi Arafah.
Situasi terkini di Arafah
Wartawan Astro AWANI bersama jemaah haji yang lain berkongsi kisah di Arafah.
ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha
Ia berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Saya akan bangkit semula' - Jojo
Jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo berikrar untuk bangkit semula selepas mengalami kekalahan pertamanya dalam ONE Championship di Bangkok.
Pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bekerjasama buru 'raja dadah' Fredy Pratama
Polis Republik Indonesia mendedahkan bahawa rakan sejawat mereka dari Thailand kini sedang melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap raja dadah Indonesia, Fredy Pratama.
Thailand sasar RM386 bilion hasil pelancongan tahun ini
Thailand menyasarkan untuk menjana hasil pelancongan sebanyak 3 trilion Baht pada 2024, berikutan pencapaian tahun lepas sebanyak 1.2 trilion Baht.
Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir
PM komited meningkatkan daya saing Thailand melalui langkah-langkah baharu yang bertujuan memudah cara pemprosesan pelbagai jenis visa.
Piala Dunia ISTAF: Ahmad Jais minta maaf kepada rakyat Malaysia
Tiada kata-kata yang mampu disuarakan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selain ucapan maaf selepas gagal menunaikan impian menjuarai acara regu berpasukan pada final kejohanan P
Piala Dunia ISTAF: Malaysia kempunan tamatkan kemarau 33 tahun
Impian Malaysia untuk menamatkan kemarau 33 tahun skuad sepak takraw dalam acara berkumpulan Piala Dunia ISTAF. tidak kesampaian.
Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun
Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 3 petang ini.
Malaysia, Thailand berentap lagi di final Piala Dunia Sepak Takraw
Keputusan itu menyaksikan misi menamatkan dominasi sepak takraw Thailand kian membara, berbaki beberapa jam aksi akhir petang ini.