DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Ogos 2022.
Menteri-menteri Luar ASEAN mengulangi pendirian untuk mengekalkan kerjasama dan keamanan di Laut China Selatan pada sesi Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan pada Khamis di Phnom Penh, Kemboja.
Tokyo kesal Beijing batalkan mesyuarat dua hala menteri luar
2. Jepun kesal dengan keputusan China membatalkan rundingan dua hala yang sepatutnya diadakan sempena mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN di Kemboja, kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno pada Jumaat.
Tentera China didakwa melancarkan beberapa peluru berpandu balistik ke perairan sekitar Taiwan semasa latihan ketenteraan pada Khamis.
Seramai 13 orang maut dan 35 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kelab malam di wilayah Chonburi Thailand, tenggara ibu kota Bangkok pada awal pagi Jumaat.
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) pertama yang bakal digunakan untuk laluan Jakarta-Bandung, Indonesia kini berada di fasa akhir pembinaan.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, Kesatuan Eropah (EU) sengaja melewatkan peruntukan sokongan kewangan makro untuk negara itu bernilai lapan bilion euro (kira-kira US$8.2 bilion).
Bank pusat India telah menaikkan kadar faedah penanda arasnya buat kali ketiga sejak Mei bertujuan menangani tekanan inflasi yang sebahagiannya berpunca daripada faktor geopolitik luaran.
Kongres Peru pada Khamis menyekat permohonan Presiden Pedro Castillo untuk menghadiri majlis pelantikan Gustavo Petro sebagai ketua negara Colombia.
Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Amerika Syarikat (AS), Xavier Becerra berkata, negara itu kini mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam.
Seorang lelaki di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) mengangkat kucing peliharaannya sebagai wira apabila membantu menghalang rumah dirompak, malah mungkin juga telah menyelamatkan nyawanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami