DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Januari 2023.
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam kejadian tembakan berasingan yang berlaku di California Utara berhampiran bandar San Francisco, lapor agensi berita tempatan.
Biden gesa Kongres segera lulus larangan penggunaan senjata api
2. Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata Kongres mesti meluluskan undang-undang baharu mengenai larangan penggunaan senjata api berbahaya berikutan insiden tembakan baru-baru ini termasuk di Monterey Park, California.
Seorang lagi mangsa dalam kejadian tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park ketika sambutan Tahun Baharu Cina pada Isnin.
Sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023 mengingatkan masyarakat antarabangsa untuk mengintensifkan kerjasama pada masa depan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pembangunan dunia, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-lweala.
Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg dijangka melawat Korea Selatan dan Jepun pada minggu depan.
Bandar paling utara di China, Mohe, merekodkan suhu paling rendah sejak penyimpanan rekod moden bermula.
Bongkah ais sebesar Greater London dilaporkan pecah dan terpisah dari bongkah asal di Antartika.
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menzahirkan kebimbangan negara itu berkemungkinan tidak lagi boleh berfungsi sebagai sebuah masyarakat.
Kerajaan Kuwait menyerahkan surat peletakan jawatan pada Isnin susulan pertikaian yang tercetus dengan parlimen, menurut media tempatan.
Arab Saudi melantik 34 wanita untuk memegang jawatan dalam barisan kepimpinan di dua masjid suci di Mekah dan Madinah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami