ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 November 2023.


1. Henti jual minyak dan gas kepada Israel, AS, Eropah - Tun M

Pengeluar minyak dari negara Islam digesa menghentikan penjualan bekalan minyak dan gas bukan hanya kepada Israel malah sekutunya Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.



2. Talian komunikasi terputus, rakyat Gaza umpama menunggu "hukuman mati"

Seluruh Semenanjung Gaza umpama menunggu "hukuman mati" sejak talian komunikasi terputus yang menyukarkan untuk menghubungi ambulans dan pasukan kecemasan, menurut Pejabat Media Gaza pada Selasa.


3. Hamas sedia bebaskan 70 tebusan, balasan gencatan senjata

Hamas memaklumkan pihak pengantara Qatar bahawa kumpulan itu bersedia untuk membebaskan sehingga 70 wanita dan kanak-kanak yang ditahan di Gaza sebagai balasan gencatan senjata lima hari dengan Israel.


4. Rakyat Palestin kecewa hasil Sidang Kemuncak Arab-Islam, mahu penyelesaian lebih praktikal

Rakyat Palestin di Gaza menyuarakan kekecewaan dengan resolusi yang diluluskan pada Sidang Kemuncak Tergempar Islam-Arab, sebaliknya mereka menggesa dunia Islam mencari jalan penyelesaian yang benar-benar praktikal untuk menamatkan pencerobohan Israel.


5. PM Israel beri amaran jangan masuk campur urusan Zionis di Gaza

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus menunjukkan sikap angkuh apabila mengugut pemimpin Arab supaya tidak masuk campur dalam menyuarakan isu konflik Palestin-Israel.


6. Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran

Parlimen Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.


7. Pemimpin APEC, kecuali Putin mula tiba di San Francisco

Seramai 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mula tiba di San Francisco bagi menghadiri Mesyuarat kali ke-30 forum antara kerajaan itu yang dijadual berlangsung dari 14-17 Nov.


8. Tiga bandar India antara 10 lokasi paling tercemar di dunia

Dua bandar raya India menyertai New Delhi untuk menjadi antara 10 lokasi paling tercemar di dunia.


9. Lima tentera AS maut helikopter terhempas di Mediterranean

Seramai lima anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terkorban dalam nahas helikopter terhempas di timur Mediterranean.


10. Laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar dorong pembangunan ekonomi Bangladesh

Upacara perasmian laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar yang dibina dengan kerjasama syarikat China diadakan di sini, pada 11 November.