Tiada sekatan rentas negeri.

Ini antara lima tumpuan dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri:

1. Tiada sekatan rentas negeri untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha, namun perlu mematuhi SOP ditetapkan.

2 Kerajaan memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau
termasuk lokasi korban yang telah dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi korban.



3. Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban hanya dihadkan kepada 20 orang untuk setiap ekor haiwan korban.

4. Jamuan makan di tapak korban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus. Bagi jamuan di rumah, tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

5. Kerajaan Pusat meluluskan permohonan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengehadkan pergerakan perjalanan antara Zon di Sarawak dari 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020. Mana-mana individu yang ingin bergerak antara zon hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala pergerakan dalam zon adalah dibenarkan.