"Jangan sebar berita palsu tentang penemuan bangkai pesawat MH370 kalau tidak sahih kerana ia hanya menyinggung perasaan waris," demikian reaksi Selamat Omar, bapa kepada salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac tahun lepas.
Selamat, 60, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Selamat dalam kalangan media berkata, beliau mengetahui berita yang mendakwa penemuan bangkai pesawat itu di selatan Filipina pada Sabtu lepas sebaik sahaja ia tersebar di media sosial.
"Sebaik melayari internet dan membaca berita kononnya penemuan bangkai pesawat tersebut di Hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina, saya tidak yakin dan dapat rasakan ia tidak benar.
"Ini kerana jaraknya terlalu jauh dari lingkungan operasi mencari menyelamat yang dilakukan sebelum ini," kata bapa kepada penumpang Mohd Khairul Azmi itu ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pencarian pesawat itu sebelum ini tertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas.
Pada Sabtu lepas, seorang lelaki bernama Jamil Omar di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.
Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.
Bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada semalam telah memaklumkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 yang ditemui di selatan Filipina telah disahkan oleh pihak berkuasa Filipina.
Mengulas tentang perkara itu, Pak Selamat berkata beliau memahami lelaki berkenaan prihatin dan mungkin ingin membantu pasukan mencari dan menyelamat untuk menyelesaikan misteri tentang kehilangan pesawat berkenaan.
Namun katanya, berita yang tidak sahih dan lengkap itu hanya menambahkan lagi luka di hati waris penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang selama ini ternanti-nanti berita tentang penemuannya.
"Saya mengharapkan masyarakat, jangan buat laporan polis kalau tidak ada maklumat sahih kerana ia bukan sahaja akan mengguris perasaan waris, tetapi juga akan menyusahkan kerajaan dan mengganggu tumpuan operasi mencari yang dilakukan.
"Apabila perkata ini berlaku, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk menghantar pasukan penyiasat ke tempat tersebut untuk pastikan kesahihannya," katanya.
Bernama
Tue Oct 13 2015
SELAMAT: Jangan sebar berita palsu tentang penemuan bangkai pesawat MH370 kalau tidak sahih kerana ia hanya menyinggung perasaan waris. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.