ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Oktober 2026.
Pasport Malaysia di tangga kedua dunia cerminan keyakinan global - Saifuddin Nasution
Kedudukan ini membolehkan pemegang pasport Malaysia mengakses 175 destinasi global.
FAM tuntut penjelasan FIFA isu tambahan masa
FAM memaklumkan pihaknya memandang serius situasi yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
PRN Melaka: Pas kekal agenda tolak PH, sedia guna logo 'bulan'
Biarpun tarikh rasmi pembubaran atau hari pengundian belum diumumkan secara rasmi, jentera parti dan kepimpinan peringkat pusat kini masih giat meneruskan proses perundingan kerusi secara muafakat.
Chean Chung umum letak jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya
Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas menerima keputusan penggantungan pada 30 September lalu.
Sukan Asia: Azizulhasni Awang sambar emas!
Henjutan saat akhir The Pocket Rocketman itu memastikan dia meraih emas menewaskan pencabar terdekat dari China, Li Zhiwei.
Banjir Nepal: Seorang daripada 55 rakyat Malaysia hilang disahkan selamat
Lelaki berkenaan hadir sendiri ke Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu semalam, sebelum berlepas pulang dan selamat tiba pagi tadi.
Kisah cinta Tun Mahathir, Tun Hasmah tiada bandingan - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan perjalanan cinta Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiada bandingan, sambil menegaskan beliau dan Bella Astillah masih terlalu awal untuk dibandingkan dengan pasangan berkenaan.
Astro perkenal latihan industri eksklusif sempena ulang tahun ke-30
Bersempena sambutan ulang tahun ke-30, Astro memperkenalkan Astro Family Internship Programme, sebuah inisiatif latihan industri yang ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan setia syarikat penyiaran berkenaan serta ahli keluarga mereka yang layak.
JPJ gantung perkhidmatan kumpulan MyEG mulai 5 Okt
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd di bawah Kumpulan MYEG sebagai Ejen Pemungut bagi pihak JPJ, berkuat kuasa 12.01 pagi, 5 Okt ini.
Syed Saddiq, Bella Astillah bakal kongsi bahagia menerusi majlis resepsi “Kenduri Rakyat”
Bakal mempelai, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berkongsi kemeriahan hari bahagia bersama masyarakat menerusi dua majlis ‘Kenduri Rakyat’ di Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.