Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Oktober 2026.

1. Guru mengaku tidak bersalah rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah

Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pelajar Tingkatan Satu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di SMK Tanjong Mas pada April lalu.

2. Kerajaan tidak tolak kemungkinan pelarian berdaftar penuhi keperluan tenaga kerja

Kerajaan tidak menolak kemungkinan memanfaatkan pelarian berdaftar bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor ekonomi tertentu, tertakluk kepada proses pendataan dan tapisan keselamatan yang ditetapkan. 

3. MCMC teliti penyebaran maklumat palsu, mengelirukan Belanjawan 2027

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang meneliti video tular yang didakwa mengandungi maklumat palsu dan mengelirukan berhubung Cukai Jualan dan Perkhidmatan  serta pelepasan cukai pendapatan dalam Belanjawan 2027.

4.Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua maut disambar petir ketika dalam perjalanan pulang dari memancing di kawasan bendang berhampiran Kampung Tasek Berangan, Repek di Pasir Mas, petang semalam.

5. Kes bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu arahan pendakwaan

Kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk ke pejabat berkenaan pada 9 Okt lepas bagi tindakan lanjut.

6. Hilang RM1.99 juta dalam akaun simpanan, kerabat Diraja Terengganu saman dua bank

Saman difailkan atas kehilangan sejumlah wang milik anak guam kami yang dipercayai melibatkan perbuatan daripada pihak scammer.

7. Lelaki, ibu ditahan bantu siasatan kes lakukan ritual agama lain

Berdasarkan risikan selepas kes ini tular, JAIS dijangka memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan.

8. Suspek seludup 4 kilogram syabu bukan rakyat Malaysia - PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan sebuah akhbar tempatan serta penularan di media sosial, kononnya seorang pelajar universiti rakyat Malaysia ditahan kerana menyeludup dadah jenis syabu seberat lebih empat kilogram (kg) di Tanjung Balai, Indonesia pada 10 Okt.

9. Jerebu dijangka beransur berkurangan dalam dua minggu - NRES

Jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara negara sejak 8 Ogos lepas dijangka beransur-ansur berkurangan dalam tempoh dua minggu susulan perubahan corak pergerakan angin.

10. Isu MyEG, Zetrix AI: JSJK buka kertas siasatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta membabitkan syarikat penyedia perkhidmatan elektronik, My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.

 

Must Watch Video

Advertisement