Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Oktober 2026.

  1. RoS batal pendaftaran Perikatan Nasional

    Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) membatalkan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN) selepas mendapati penjelasan yang dikemukakan parti itu tidak dapat menyangkal asas pembatalan seperti dinyatakan dalam notis sebelum ini.

  2. Mafia korporat: RM37.53 bilion dirampas, RM4.3 bilion dibeku - PM

    Sebanyak RM37.53 bilion dana dirampas oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan siasatan kes jenayah mafia korporat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  3. Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia

    Guthrie menafikan dakwaan bahawa anak syarikat atau pekerjanya mencetuskan kebakaran hutan di Indonesia, selain menegaskan pemeriksaan terkini mendapati tiada kebakaran aktif dikesan di mana-mana ladang miliknya di negara itu.

  4. PN akan cabar pembatalan, mohon tangguh hingga penentuan mahkamah Khamis ini

    Perikatan Nasional (PN) akan mencabar kesahihan perintah pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan memohon supaya pelaksanaannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah pada Khamis ini.

  5. ECRL: Diskaun 30 peratus tiket kelas ekonomi selama sebulan

    Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menawarkan diskaun 30 peratus bagi semua tiket kelas ekonomi selama sebulan bermula dari hari pertama operasinya.

  6. Mohd Shuhaily akan didakwa di mahkamah Rabu

    Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan beliau akan hadir ke Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu, bagi menghadapi pertuduhan mengasari dua anggota polis.

  7. Murid maut sesak nafas: 'Doktor beritahu saluran pernafasan anak saya tersumbat akibat makanan' - Bapa

    “Doktor memaklumkan saluran pernafasan anak saya dipercayai tersumbat akibat makanan, sama ada pisang atau ayam, namun punca sebenar belum dapat dipastikan.” Itu reaksi bapa kepada murid perempuan yang meninggal dunia selepas dipercayai mengalami sesak nafas di sebuah sekolah di Sepang, pada Isnin.

  8. Isu penamatan 10 Exco Negeri Sembilan akan dijawab pada sesi penggulungan - Azalina

    Kerajaan akan memberikan penjelasan berhubung isu penamatan perkhidmatan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat.

  9. Pinjaman persahabatan: Jovian Mandagie gagal ketepi perintah bayar RM10 juta

    Mahkamah Rayuan menolak permohonan pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie untuk mengetepikan penghakiman terus yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada dua syarikat dalam saman berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian pinjaman persahabatan.

  10. KPT, UM tidak hasrat ambil tindakan terhadap wakil mahasiswa ajukan soalan "hangat" - Zambry

    Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pihaknya kekal dengan pendirian bahawa hak kebebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa perlu dihormati, di samping mengecam sebarang bentuk cacian, penghinaan atau ugutan yang dilemparkan terhadap penuntut terbabit melalui media sosial.

Must Watch Video

Advertisement