MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 18 Julai 2020.
Malaysia perlu mempunyai keupayaan dalam mengeluarkan produk-produk kritikal, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Stutong dikesan di sebuah pasar awam di Stutong.
Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, rakyat melakukan tugas dengan sangat baik dalam meratakan lengkungan kes dan usaha itu harus berterusan bagi memastikan apa yang dilakukan selama ini tidak sia-sia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu.
Pengerusi Kaukus Dewan Negara, Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata kerajaan Malaysia bukan sahaja perlu menyertai tindakan undang-undang berkenaan, malah perlu mengambil peluang untuk menerajui kes tersebut.
Kluster Mambong di Sarawak yang mula dikesan Khamis lalu kini telah meningkat kepada lima kes positif COVID-19.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan AS menyekat eksport produk berkenaan adalah tidak wajar memandangkan syarikat bertaraf antarabangsa itu telah menyalur bantuan besar ketika dunia berperang dengan pandemik COVID-19.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah (EPW) guru di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu dari Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baharu dalam sesi persidangan yang akan berlangsung pada Ogos ini.
Tindakan cekap anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita terjun dari Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah, pada Sabtu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami