awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
Tesla bakal labur AS$2 bilion dalam xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan: Bandar Maharani Muar jadi tumpuan

Bernama
Bernama
26/07/2025
01:15 MYT
Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan: Bandar Maharani Muar jadi tumpuan
Keadaan pintu gerbang utama bagi Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 kini siap sepenuhnya menjelang penganjurannya esok, Dataran Tanjung Emas, Muar, 25 Julai 2025. -- fotoBERNAMA
MUAR: Bersempena dengan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (MPBKKJG) 2025 di Dataran Tanjung Emas esok, Bandar Maharani Muar dijangka mula menjadi tumpuan bermula dari hari ini apabila pelbagai aktiviti dan program menarik dianjurkan.
Banyak program berfokuskan rakyat seperti Karnival Kita MADANI, Jualan Rahmah MADANI dan pameran Komuniti MADANI diadakan di tapak pelancaran sekali gus mula membuka ruang interaksi antara masyarakat dengan agensi kerajaan, dan pada masa sama memupuk semangat kebersamaan serta patriotisme.
Antara tawaran yang turut menanti pengunjung ialah diskaun saman hingga 30 peratus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemeriksaan kesihatan percuma, pembaharuan lesen memandu, serta perkhidmatan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Tidak ketinggalan, terdapat 16 reruai pameran Komuniti MADANI mempamerkan produk makanan dan pakaian tradisional dari setiap negeri.
Pembawa Jalur Gemilang, Nur Arsyila Raesha Abdul Aziz, 9, ketika ditemui Bernama semasa persiapan MPBKKJG 2025. -- fotoBERNAMA
Pembawa Jalur Gemilang, Nur Arsyila Raesha Abdul Aziz, 9, ketika ditemui Bernama semasa persiapan MPBKKJG 2025. -- fotoBERNAMA
Bagi peminat hiburan, pentas utama akan dimeriahkan dengan Fiesta Seni MADANI pada malam ini yang menampilkan artis seperti AC Mizal, Ayai Ilusi dan Asmidar.
Majlis pelancaran yang dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi esok bukan sekadar acara simbolik, tetapi juga menjadi wadah utama menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan.
Julina ketika Sesi Taklimat Media sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Menara Komunikasi, Putrajaya, 21 Julai 2025. --fotoBERNAMA
Julina ketika Sesi Taklimat Media sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Menara Komunikasi, Putrajaya, 21 Julai 2025. --fotoBERNAMA
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Julina Johan, pemilihan Muar sebagai lokasi penganjuran adalah signifikan kerana kekayaan warisan budaya daerah ini seperti zapin, ghazal dan kuda kepang, yang turut mencerminkan identiti Johor dan memperkukuh suasana patriotik yang mesra rakyat.
"Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, diterjemahkan secara menyeluruh melalui pendekatan program berasaskan rakyat sepanjang acara ini," katanya kepada Bernama.
Persiapan akhir reruai pameran agensi kerajaan bagi Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas kini siap sepenuhnya. --fotoBERNAMA
Persiapan akhir reruai pameran agensi kerajaan bagi Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas kini siap sepenuhnya. --fotoBERNAMA
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bulan Kebangsaan
#pameran
#Bandar Maharani Muar
#Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan