Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 4, 2020 14:56 MYT
Ogos 4, 2020 14:56 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 4 Ogos 2020.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media memaklumkan, kes terbaharu yang dikesan merupakan kes penularan dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.
Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Mohd Haniff Abd Rahman memaklumkan keputusan itu diperoleh selepas mereka menjalani saringan di pusat perubatan di negara itu.
Kerajaan menetapkan pembukaan Hotline National Task Force (NTC) kepada orang awam untuk melaporkan kegiatan pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Rampasan itu dikatakan bagi tujuan membantu siasatan berhubung terbitan sebuah dokumentari yang bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang mendakwa Malaysia memberi layanan buruk terhadap warga asing ketika mengawal penularan pandemik COVID-19.
Kesetiaan kepada parti dan bukannya kaki lompat merupakan antara kriteria yang menjadi pertimbangan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam meletakkan calon mewakili Parti Warisan Sabah dan rakan sekutunya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah, dedah Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.
Mahkamah Tinggi pada Selasa diberitahu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melaksanakan semakan sebelum menyertai usaha sama (JV) bernilai US$6 juta dengan sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan dana kekayaan berdaulat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Mahkamah Tinggi pada Selasa diberitahu bahawa Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin tidak menyerahkan secara terus bungkusan atau beg mengandungi wang tunai RM1.5 juta kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai balasan membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak.
Kes bunuh seorang pensyarah universiti tempatan yang mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta di pinggir tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya pada awal Khamis lepas dianggap selesai.
Kertas siasatan berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim telah dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lepas, disusuli dengan beberapa cadangan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Astro Awani
#Bukit Aman
#Khairy Jamaluddin
#Mohd Shafie Apdal
#Najib Razak
#Noor Hisham Abdullah
#pandemik
#Parlimen
#pilihan raya
#PKPP
#Rosmah Mansor
#UMNO
#warga asing