MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 5 Ogos 2020.
21 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 9,023 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 15 kes terbabit adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia. Manakala, enam lagi kes adalah penularan dalam negara iaitu melibatkan warganegara Malaysia termasuk tiga kes dari Kluster Sivagangga.
24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam Kluster PUI Sivagangga sehingga jam 12 tengah hari, Rabu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu hasil saringan 754 kes disahkan negatif manakala 869 lagi sedang menunggu keputusan.
Kos menunaikan umrah dijangka meningkat apabila kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah melakukan ibadah berkenaan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri berkata, kerajaan tidak menolak akan terdapat kos tambahan yang perlu ditampung oleh jemaah.
Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir, 25, yang ditemu bual dalam dokumentari Al Jazeera bertajuk "Locked Up in Malaysia's Lockdown" akan diusir ke negara asalnya selepas semua siasatan polis selesai, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Seorang ahli perniagaan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa tiada sebarang resit diterima daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO berhubung sumbangan politik berjumlah RM6.5 juta yang telah diberikan kepada isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sengaja menamakan syarikat luar pesisir tidak aktif yang ditubuhkannya untuk menyamai nama syarikat terkemuka dalam konspirasinya untuk mencuri jutaan dolar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Seorang bekas juruterbang sebuah syarikat swasta ditemukan maut selepas dipercayai terjun dari unit kediamannya di tingkat 12 sebuah kondominium di Bandar Kinrara, dekat Serdang, Isnin lalu.
Seorang ahli perniagaan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa tiada sebarang resit diterima daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO berhubung sumbangan politik berjumlah RM6.5 juta yang telah diberikan kepada isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Satu laporan polis dibuat oleh pemilik sebuah restoran yang dikaitkan dengan penularan gambar seorang wanita memakai gelang berwarna merah jambu di Ipoh. Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
"Seminggu saya terpaksa putuskan hubungan dengan keluarga saya, walaupun tinggal serumah." Itu luahan salah seorang pelanggan tetap sebuah restoran di Nasi Kandar Napoh, Kedah yang dipercayai menjadi punca kluster Sivagangga merebak sejak minggu lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami