Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 7, 2020 16:08 MYT
Ogos 7, 2020 16:08 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 7 Ogos 2020.
Semua operasi surau termasuk solat fardu Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan di surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 25 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat.
12 daripada 25 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan dalam negara pada Jumaat dikesan daripada Kluster Sivagangga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan beliau ada menerima suapan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang berasaskan kepada perjuangan Melayu.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil langkah tunggu dan lihat apabila diminta memberi komen berkaitan parti baharu yang akan ditubuhkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mayat seorang pelajar warga China ditemukan dalam keadaan terapung di dalam tasik The Mines di Seri Kembangan, di sini, hari ini.
Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik rehat Markas Latihan Luar Tupah, Pusat Latihan PGA (PLPGA) di Bedong dekat sini, awal pagi tadi.
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan mengurangkan kes pembedahan bukan kecemasan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi memberi keutamaan kepada usaha menangani penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.
Suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz menerusi akaun Instagramnya memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan bayi mereka tengah hari ini.
#Astro Awani
#berita dalam negara
#berita pilihan tempatan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kluster Sivagangga
#Kulim