ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 15 November 2020.

1) Kanak-kanak lelaki maut tertikam semasa sibuk buat persiapan Deepavali

Kegembiraan membuat persiapan sambutan Hari Deepavali bertukar tragedi bagi satu keluarga di Taman Cempaka Kampung Koh, Sitiawan, apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas tertikam pisau oleh sepupunya dalam satu insiden Jumaat lepas.

2) Dakwa Noor Hisham 'takut mati', Ahli Parlimen Bintulu mohon maaf

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf atas keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

3) Air pasang besar Kuala Selangor melebihi paras ramalan, namun terkawal - JBPM

Fenomena air pasang besar yang melanda di pesisir pantai Negeri Selangor dilaporkan naik melebihi daripada paras yang dijangka dengan bacaan 5.6 meter.

4) Kontraktor direman disyaki cabul tiga anak tiri

Seorang kontraktor ditahan reman seminggu kerana disyaki mencabul tiga anak tirinya di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang, Selangor.

5) Bonus RM1,000 buat penjawat awam Kedah, kakitangan JKN dapat RM200

Kerajaan negeri Kedah akan menyalurkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri itu manakala petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah akan menerima sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM200.

6) Lelaki mengaku salah liwat rakan

Seorang pengganggur mengaku bersalah atas pertuduhan meliwat kawannya berusia 15 tahun di hadapan hakim V. M Mabel Sheela di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa melakukan perbuatan itu pada Ahad lalu.

7) 8 Salah tanggapan mengenai Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, ini penjelasan BNM

Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu telah menjadi perbualan ramai pihak.

8) Ramai gagal patuhi penjarakan fizikal, ini 5 tumpuan utama sidang media Menteri Kanan Pertahanan

Gagal mematuhi penjarakan fizikal adalah antara kesalahan tertinggi yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Berikut merupakan tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 15 November:

9) Polis Pulau Pinang giat kesan pesakit COVID-19 larikan diri dari hospital

Polis Pulau Pinang sedang menjejaki seorang lelaki dipercayai pesakit COVID-19 yang melarikan diri daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

10) 2,562 kes demam denggi, lapan kematian di Melaka

Sebanyak 2,562 kes demam denggi dengan lapan kematian direkodkan di Melaka dalam tempoh 1 Januari hingga 10 November lepas, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.