MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 21 November 2020.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau merupakan punca yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri.
Penjelasan itu dibuat dalam posting terbaru yang dimuat naik di blog beliau chedet.cc
Sebuah kilang barangan kitar semula di Jalan PKNK Fasa 3, Taman Industri, di sini, musnah dalam kejadian kebakaran, hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 1.18 pagi tadi.
Peranan besar kerajaan dalam ekonomi Malaysia, terutamanya penganugerahan lesen dan kuota sejak era pemerintahan British, dan pelaksanaan dasar tindakan afirmatif era 1970an sehingga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendominasi 40 peratus saham Bursa Malaysia, adalah sistem lapuk dan perlu diubah.
Semua agensi yang terbabit dengan usaha dan operasi banjir berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal sepanjang November ini sehingga Mac tahun depan.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, program latihan simulasi banjir telah dilaksanakan di beberapa negeri dan daerah dalam usaha memastikan persiapan berada pada tahap yang baik.
Ketika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2018, ramai pihak – termasuk dirinya sendiri – mempunyai harapan tinggi agar gabungan itu mampu membawa agenda reformasi seperti mana mereka janjikan dalam manifesto pilihan raya, akui bekas Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Tun Razak.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kawasan pantai barat Semenanjung akan menerima hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata trend tersebut bagaimanapun dilihat sama dengan kejadian banjir pada 2019.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia sudah mula lesu untuk berdepan dengan penularan jangkitan COVID-19.
Namun, beliau berkata, virus itu tidak pernah lesu untuk menjangkiti kita semua, jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sesebuah kereta import terpakai (recond) dilihat cantik luaran mungkin mempunyai prestasi tidak baik akibat ketidakjujuran sesetengah penjual yang memusingkan meter perbatuan atau odometer kepada angka perjalanan terendah.
Kekurangan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan tukang urut sejak pandemik COVID-19 melanda negara menyebabkan kehidupan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan di Pulau Pinang bertambah sukar.
Malah ada di antara mereka terpaksa menunggu seharian untuk mendapat seorang pelanggan.
Dalam perkongsian itu, Myra memaklumkan semalam (20 November 2020) adalah hari ke-20 dia menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif COVID-19, daripada Kluster Permatang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami