MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 27 November 2020.
Kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin COVID-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 menerusi inisiatif Kerajaan-dengan-Kerajaan (G2G) bersama China.
Malaysia merekodkan sebanyak 1,109 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini ialah sebanyak 61,861 kes.
Pfizer Malaysia dan BioNTech SE hari ini mengumumkan perjanjian dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Malaysia untuk menyediakan 12.8 juta dos vaksin berasaskan BNR162 mRNA bagi melawan COVID-19, tertakluk kepada keputusan klinikal dan kelulusan badan kawal selia.
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang cedera parah ditembak sudah sedar dan mula menunjukkan perkembangan positif selepas dua daripada tiga butir peluru ditubuhnya berjaya dikeluarkan semalam.
Parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas, dan Umno tidak boleh 'bergerak secara solo' untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata, jika mana-mana parti berkenaan memilih untuk tidak menjalinkan kerjasama, ia seolah-olah memberikan 'hadiah' kemenangan kepada parti pembangkang.
Pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar yang sebelum ini disahkan positif COVID-19 menyatakan rasa terharu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudi bertanya khabar kepadanya.
Seorang penceramah bebas ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 Shah Alam pada tahun lalu.
Persetujuan untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan bukan satu keputusan mudah.
Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican menjelaskan, ia dibuat untuk mengimbangkan antara keperluan segera jangka pendek dan jangka panjang selepas pencarum bersara kelak.
Waktu operasi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang, berbanding 2 petang, sebelum ini.
#berita pilihan
#berita dalam negara
#berita tempatan
#Astro Awani
#COVID-19
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#vaksin
#Pfizer
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#PKPB