awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 32 Dis 2026
PM Anwar bidas pengkritik peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak anggota PGA: Sarjan Norihan tunjuk perkembangan positif, sudah sedar

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/11/2020
07:05 MYT
Kes tembak anggota PGA: Sarjan Norihan tunjuk perkembangan positif, sudah sedar
Norihan dipindahkan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar ke HPP Rabu lepas bagi menjalani pembedahan mengeluarkan tiga peluru di bahagian perut dan berdekatan tulang belakang. - Gambar fail
GEORGE TOWN:Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang cedera parah ditembak sudah sedar dan mula menunjukkan perkembangan positif selepas dua daripada tiga butir peluru ditubuhnya berjaya dikeluarkan semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata anggota berkenaan yang kini ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang(HPP) stabil dan sudah boleh bercakap.
"Dia sudah boleh bercakap, dan beri reaksi positif ketika ditanya, namun masih lemah dan tidak bercakap banyak, tetapi saya lihat semangat dia untuk pulih kuat " katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Dalam pada itu, ditanya sama ada pembedahan susulan untuk keluarkan peluru ketiga itu akan dilakukan, Sahabudin berkata ia bergantung kepada penilaian pakar-pakar perubatan dan keadaan kesihatan Norihan.
Sahabudin berkata isteri Norihan juga dalam keadaan baik dan sihat serta dibawah jagaan pihak polis.
Beliau sebelum itu hadir ke HPP bagi melihat perkembangan Norihan selepas pembedahan membuang dua butir peluru semalam berjaya.
Norihan dipindahkan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar ke HPP Rabu lepas bagi menjalani pembedahan mengeluarkan tiga peluru di bahagian perut dan berdekatan tulang belakang.
Norihan dibawa dari HTF pada jam 7.40 malam dengan menggunakan ambulans yang diiringi kereta peronda polis.
Pada Selasa, seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, maut dipercayai akibat ditembak.
Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, mangsa, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama Norihan yang mengalami kecederaan parah.
Kedua-dua mangsa dibawa ke HTF Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.
Topic Berkaitan
#Anggota Pasukan Gerakan Am
#Sarjan Norihan Tari
#perkembangan positif
#tiga butir peluru ditubuhnya berjaya dikeluarkan
#tembak anggota PGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan