Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Disember 7, 2020 15:30 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 7 Disember 2020.
PERKEMBANGAN COVID-19
1) Isu pembekalan vaksin COVID-19 syarikat Pfizer tak jejas bekalan untuk Malaysia - Khairy
Isu pembekalan dos vaksin COVID-19 yang dihadapi syarikat farmaseutikal Pfizer sebagaimana dakwaan media antarabangsa tidak akan menjejaskan pembekalan vaksin kepada negara ini yang dijangka diterima pada suku pertama tahun depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
2) Penularan COVID-19, Angsana Johor Bahru ditutup 7 hari - Jabatan Kesihatan
Pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall diarahkan tutup selama tujuh hari bermula malam ini berikutan penularan wabak COVID-19 di kompleks berkenaan.
3) COVID-19: 1,600 kes baharu, dua kes kematian
Malaysia mencatatkan sebanyak 1,600 kes baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik itu di negara ini sebanyak 74,295 kes.
PERKEMBANGAN POLITIK PERAK
4) Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak esok - Sumber Istana
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan untuk menerima menghadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, esok.
5) Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad diangkat sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu.
6) Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan, malam ini memaklumkan kerjasama tersebut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
7) Kerajaan perlu segerakan usul undi tidak percaya - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan supaya memberi keutamaan dan menyegerakan usul tidak percaya yang telah dibawa oleh ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga 17 Disember ini.
LAIN-LAIN
8) i-Sinar: Sebahagian besar daripada 8 juta pemohon Kategori 1 diberi kelulusan automatik - KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.
9) Kedatangan pelancong ke Malaysia merosot 78.6 peratus
Malaysia hanya menerima 4.29 juta pelancong dalam tempoh berkenaan berbanding 20.1 juta pada 2019, menurut Tourism Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
10) Isteri Syafiq stabil selepas jalani pembedahan di HSJ, tangguh ke hospital swasta
Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang cedera dalam kemalangan jalan raya di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara semalam selamat menjalani pembedahan di bahagian perut di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
#Khairy Jamaluddin #Zahid Hamidi #Ahmad Maslan #PPBM #UMNO #PAS #Pakatan Harapan #Dewan Rakyat #Sultan Perak #KWSP #Menteri Besar #ADUN #undi tidak percaya #Usul tidak percaya #COVID-19