awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

i-Sinar: Sebahagian besar daripada 8 juta pemohon Kategori 1 diberi kelulusan automatik - KWSP

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2020
13:12 MYT
i-Sinar: Sebahagian besar daripada 8 juta pemohon Kategori 1 diberi kelulusan automatik - KWSP
KWSP juga menjelaskan bahawa tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.
Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.
"KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.
"Dijangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.
"Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021," kata kenyataan itu.
Penjelasan itu merujuk pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar.
“KWSP ingin menyatakan bahawa ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan,” katanya.
Menurut KWSP, setiap proses, perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.
Berikutan itu, katanya setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.
Topic Berkaitan
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#pencarum
#Kategori 1
#i-sinar
#kelulusan automatik
#sebahagian besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan