awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2021
15:30 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 8 Januari 2021.
1) Operasi banjir: Lebih 12,000 anggota PGA siap sedia digerakkan
Lebih 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di setiap kontinjen negeri bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu operasi banjir di negeri-negeri yang terjejas teruk kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar.
2) Henti sebar berita palsu banjir, ganggu frontliners jalan tugas - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat atau berita palsu, terutamanya berkaitan banjir, kata Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC Zulkarnain Mohd Yasin.
3) Banjir: UTM bangunkan sistem amaran bahasa isyarat
Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC) Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) komited untuk membangunkan sistem amaran bahasa isyarat kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).
4) Perkeso tubuh badan bertindak khas siasat tuntutan berkaitan COVID-19
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah Skim Bencana Kerja Perkeso berkaitan COVID-19 bagi mempercepat urusan bayaran kepada mereka yang terlibat.
5) Kerajaan ambil kira pemberian suntikan kedua vaksin COVID-19 dalam tempoh 21 hari - Khairy
Kerajaan mengambil kira keperluan pemberian dos kedua suntikan vaksin Pfizer kepada rakyat negara ini dalam tempoh 21 hari selepas suntikan pertama.
6) Zahirah Macwilson selamat melahirkan anak lelaki
Pelakon Zahirah Macwilson dan suami Aiman Hakim Redza telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka.
7) Harga RON95 dan RON97 kekal, diesel naik satu sen
Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing kekal RM1.84 dan RM2.14 seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 15 Januari ini.
8) Kajian akan dilaksanakan, lihat opsyen terbaik ganti HSR KL-Singapura
Kerajaan dijangka membentangkan cadangan projek baharu dalam tempoh enam bulan menerusi kajian daya maju yang bakal dimulakan tidak lama lagi.
9) Malaysia rekod kes kematian COVID-19 tertinggi, 2,643 kes baharu
Malaysia mencatatkan kes kematian tertinggi berkaitan COVID-19 setakat ini selepas merekodkan 16 kes kematian pada Jumaat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
10) COVID-19: Vaksin Pfizer diluluskan NPRA - Khairy
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan pendaftaran vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#RON95
#KKM
#MCMC
#COVID-19
#vaksin
#Pfizer
#Sains
#OKU
#operasi
#Bukit Aman
#banjir
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan