MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Februari 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Februari 2021.
Tan Sri Rafidah Aziz berkata beliau secara peribadi akan menyokong jika ada gerakan untuk memohon penolakan pengisytiharan darurat di negara ini.
Esok, mahkamah akan memutuskan sama ada akan memanggil Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atau membebaskannya dalam pertuduhan kes rasuah berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menemani Datin Seri Rosmah Mansor apabila Mahkamah Tinggi memberikan keputusannya esok, sama ada isterinya itu perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak, atau membebaskannya.
Pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penerima pertama suntikan vaksin adalah untuk memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin selamat untuk diambil.
Kerajaan dalam rundingan untuk menambah perolehan bekalan vaksin satu dos suntikan daripada syarikat Johnson & Johnson (J&J) dari Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
Dewan Ulama PAS menasihati umat Islam agar menerima vaksin COVID-19 yang bakal diagih kepada rakyat bermula akhir bulan ini tanpa rasa ragu berikutan jaminan telah diberikan bahan itu tidak mempunyai unsur bercanggah dengan Islam.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kejayaan agensi itu mensabitkan seorang pengarah syarikat di atas kesalahan memiliki kotak media yang mempunyai perisian tidak sah di Mahkamah Shah Alam pada Selasa.
Penamatan operasi kilang pengeluaran tayar, Silverstone Malaysia Bhd (SSM) pada Jun ini dijangka memberi kesan kepada kira-kira 700 pekerjanya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau boleh kembali kepada UMNO.
Malaysia merekodkan 22 kematian baharu akibat COVID-19, menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,005 kes.
#berita tempatan
#COVID-19
#vaksin
#Perdana Menteri
#Parlimen
#Rasuah
#mahkamah
#Rafidah Aziz
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#Mahathir Mohamad
#GERAKAN
#Rosmah Mansor
#Polis Diraja Malaysia