Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 15, 2021 15:30 MYT
Mac 15, 2021 15:30 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Mac 2021.
Itu kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar berhubung keputusannya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu.
Tiada kompaun RM10,000 dikenakan terhadap sembilan pengemis wanita Palauh sebaliknya hanya siasatan dilakukan, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menganggap dakwaan wujud 'pengundi hantu' pada Pemilihan Ahli Jawatankuasa DAP Perak pada Ahad sebagai tidak berasas.
Seorang pengurus hartanah sebuah syarikat minyak dan gas bersama isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas 18 pertuduhan menerima rasuah dan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM1.17 juta antara 2018 hingga 2019.
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, proses penghantaran vaksin Pfizer BioNTech dibuat bermula hari ini iaitu sebanyak 83,070 dos manakala 124,020 dos akan diterima pada 22 Mac dan 125,190 dos lagi (29 Mac).
Desas-desus bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan menjalin kerjasama dengan ‘seterunya’ UMNO semakin kuat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan telah wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.
Malaysia merekodkan sebanyak 1,208 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 324,971 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Isnin memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bintawa Kuching, berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam 16 Mac hingga 30 Mac 2021.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa tidak tahu-menahu wujudnya perbincangan antara parti itu bersama PKR bagi membentuk jalinan kerjasama baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
#berita pilihan
#berita Malaysia
#Astro Awani
#berita tempatan
#Berita Terkini
#berita tumpuan
#COVID-19
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#UMNO
#PKR
#PAS