awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

83,070 dos vaksin Pfizer BioNTech diterima hari ini - Khairy

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
15/03/2021
08:01 MYT
83,070 dos vaksin Pfizer BioNTech diterima hari ini - Khairy
Secara kumulatifnya, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia akan menerima 1,000,350 dos vaksin dan ia melengkapkan penghantaran untuk suku tahun pertama. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima tambahan vaksin Pfizer BioNTech secara berperingkat bagi menjayakan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, proses penghantaran vaksin Pfizer BioNTech dibuat bermula hari ini iaitu sebanyak 83,070 dos manakala 124,020 dos akan diterima pada 22 Mac dan 125,190 dos lagi (29 Mac).
“Secara kumulatifnya, Malaysia akan menerima 1,000,350 dos vaksin dan ia melengkapkan penghantaran untuk suku tahun pertama," katanya dalam sidang media mingguan PICK di sini, pada Isnin.
Malaysia terima 83,070 vaksin Pfizer & 100,000 vaksin Sinovac hari ini
Dalam perkembangan sama, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sebanyak 100,000 dos vaksin jenis Sinovac juga akan diterima hari ini.
"Jumlah keseluruhan vaksin yang akan diterima ini akan melengkapkan penghantaran suku pertama tahun ini," katanya.
BACA: Vaksin: 1.4 juta diminta lengkapkan maklumat menerusi MySejahtera - Khairy
BACA: Khairy terima suntikan vaksin Sinovac 18 Mac di Hospital Rembau
Sementara itu, Khairy berkata, Malaysia membuat lebihan pembelian vaksin melebihi keperluan kerana tidak semua vaksin mendapat kelulusan pihak berkuasa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Jelas beliau, setakat ini NPRA hanya meluluskan tiga vaksin iaitu Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.
Katanya, lebihan pembelian vaksin itu merupakan sebagai mitigasi sementara menunggu kelulusan regulatori sekali gus mengurangkan risiko kelewatan penghantaran bekalan daripada syarikat pengeluar.
"Vaksin AstraZeneca sepatutnya diterima pada suku pertama tahun ini, tetapi setakat ini kita masih belum menerima jadual penghantaran mereka. Jadi lebih baik (kita) ada lebih banyak vaksin.
"Selain itu, dengan lebihan ini mungkin kita akan melaksanakan booster shot kepada penerima vaksin untuk memberi satu lagi dos tahun depan kalau situasi COVID-19 masih belum reda," katanya.
Beliau turut menjelaskan, stok tambahan itu juga berkemungkinan jika keputusan ujian klinikal mendapati agar vaksin boleh diberikan kepada golongan remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#BioNTech
#Pfizer
#AstraZeneca
#Malaysia
#COVID-19
#vaksin
#Sains
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan