Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 1,208 kes baharu, 1,973 sembuh dan 3 kematian

51615459579_HishamAbdullah.jpg
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sebanyak 1,208 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 324,971 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sembilan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 15,511 kes.

Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 379 kes, diikuti Sarawak (251) , Pulau Pinang (142) dan Johor (118).

Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak 3 kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,213 kes.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,973 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak  308,247  kes.

Setakat ini, 155 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 70 orang memerlukan bantuan pernafasan.




Advertisement

Must Watch Video