Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 22, 2021 15:46 MYT
Mac 22, 2021 15:46 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Mac 2021.
Kerajaan Persekutuan menekankan layanan yang adil dalam pembentukan dan perancangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan memperuntukan sumber kewangan dalam pembangunan negeri Sabah.
Tiga lelaki warga China maut manakala seorang rakyat tempatan cedera parah selepas komponen kren terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, di sini, hari ini.
Jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup, jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Bekas ADUN Air Putih, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid menafikan dia terlibat dalam kes cabul isteri rakan yang tular baru-baru ini.
Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku susulan tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Seorang lagi mangsa kejadian kren terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berdekatan Persiaran Banyan, Jalan Alam Damai, di sini disahkan masih belum berjaya dikeluarkan, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi.
Ahli-ahli Parlimen daripada blok pembangkang berpandangan bahawa titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung penggantungan Parlimen memberikan gambaran yang jelas bahawa tindakan kerajaan adalah tidak tepat.
Pakar perunding forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan telah meninggal dunia sebelum kebakaran berlaku di bilik tidur rumahnya.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih telus dalam menyiasat dakwaan terdapat sogokan dan ugutan yang melibatkan seorang ‘Menteri Kanan’.
#berita tempatan
#berita pilihan
#berita tumpuan
#berita Malaysia
#COVID-19
#suke
#Anwar Ibrahim
#UMNO
#DAP
#PKR
#Korea Utara
#SPRM
#cradle fund