MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 April 2021.
Itu respons Presiden PKR itu apabila ditanya berkenaan audio tular yang mengaitkan perbualan antara beliau dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Audio tular: Polis akan panggil Ahmad Zahid, Anwar
2. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tersebut bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.
Apa yang difikirkannya ialah, ia satu perubahan yang baik kerana tidak pernah sebelum ini wakil dari Sabah atau Sarawak yang memegang jawatan tersebut.
Mayat wanita berusia 35 tahun itu ditemui terdampar di atas bumbung bilik panel suis milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah kondominium di Jalan Bukit Kukus, di George Town, tengah malam tadi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperincikan lokasi berkenaan adalah Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang; Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Komuniti Jalan Chow Kit.
Sejumlah dadah bernilai RM3.5 bilion berada dalam simpanan polis ketika ini hasil rampasan dalam pelbagai serbuan mengekang jenayah berkenaan, ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Pakatan Harapan (PH) akan mengambil pendekatan “Khemah Besar” bagi memulihkan kembali sistem demokrasi berparlimen dengan menamatkan penggantungan Parlimen.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoal tindakan LHDN menyerahkan notis bankrap terhadapnya, dan kerajaan, kerana cuba memufliskannya dengan undang-undang yang tidak boleh dicabarnya di mahkamah.
Negara merekodkan 1,510 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu. Pertambahan itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 359,117 kes.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menasihatkan ahli-ahli parlimen UMNO yang meninggalkan parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar memilih kerusi parlimen lain untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami