MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 24/04/2021 | 15:58 MYT
Berikut adalah antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 April 2021.
1. Tiga lelaki hilang ketika mencandat sotong
Tiga lelaki hilang ketika mencandat sotong selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai karam pada kedudukan 12 batu nautika dari jeti pendaratan ikan Kuala Besar.
2. Isu hina Raja Permaisuri Agong, Fahmi Reza direman sehari
Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza direman sehari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
3. Pengurusan sekolah cacamarba, menteri, timbalan menteri didesak letak jawatan
Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti pembangkang menyifatkan keadaan pengurusan sekolah-sekolah kerajaan dalam mendepani pandemik COVID-19 ketika ini 'semakin cacamarba'.
4. COVID-19: KKM, KPM perhalusi pengelasan sub kluster pendidikan - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang memperhalusi pengelasan sub kluster pendidikan mengikut agensi atau kementerian yang bertanggungjawab.
5. Azlan ganti Shahidan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis - Zahid
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man akan menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.
6. COVID-19: 2,717 kes baharu, tiga negeri catat lebih 500 kes
enurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 768 kes diikuti Sarawak (570) dan Kelantan (518).
7. Malaysia terima 268,800 dos vaksin AstraZeneca malam tadi - Dr Adham Baba
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin berkenaan yang diperoleh melalui fasiliti COVAX tiba di KLIA pada 8.20 malam.
8. Serpihan dan barangan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui di lokasi pencarian
Kapal Selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 dipercayai kini dalam fasa tenggelam susulan penemuan beberapa barangan dipercayai daripada kapal selam itu termasuk kesan tumpahan minyak.
9. Hentikan pembunuhan, benarkan akses ASEAN ke Myanmar - Muhyiddin
Cadangan itu dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu Pertemuan Pemimpin-Pemimpin ASEAN di Sekretariat ASEAN di Jakarta.
10. Shahidan gesa Jawankuasa Disiplin UMNO ambil tindakan terhadap pihak tulis surat sokong Anwar
Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendesak agar pihak yang menandatangani surat menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin parti.
#berita pilihan #Astro Awani #Muhyiddin Yassin #Noor Hisham Abdullah #Shahidan Kassim #Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #UMNO