Skip to main content

Malaysia

Tiga lelaki hilang ketika mencandat sotong

71619234281_pemancinghilang.jpg
KOTA BHARU: Tiga lelaki hilang ketika mencandat sotong selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai karam pada kedudukan 12 batu nautika dari jeti pendaratan ikan Kuala Besar.

Bot fiber yang dinaiki mereka dipercayai dibadai ombak dan ribut sekitar jam 8.30 malam semalam.

Mangsa dikenali sebagai Mat Awang@Jali, 55, Mat Harun Mohd Nor, 57, dan Zulsyamim Danial Zulazman, 26.

Mereka antara kumpulan nelayan dan pemancing yang keluar ke laut petang semalam untuk mencandat sotong.

Setakat ini operasi mencari dan menyelamat mangsa yang digerakkan belum menemui sebarang petunjuk.




Advertisement

Must Watch Video