Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 29, 2021 15:59 MYT
April 29, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 April 2021.
Tan Sri Dr Zeti Aziz telah secara rasmi menulis surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat beliau tidak memperbaharui tempoh jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan PNB.
Kerajaan komited melaksanakan Undi 18 sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara di Parlimen pada 2019.
Tiada pertembungan antara Barisan Nasional dan Pas melibatkan kerusi DUN pada PRU15 di Pahang berdasarkan semangat dan keikhlasan Muafakat Nasional (MN) di negeri ini.
Meskipun telah divaksinasi, warga emas perlu menggunakan pelitup muka apabila keluar rumah serta mengamalkan penjarakan fizikal kerana vaksin berkesan selepas dua minggu suntikan dos kedua.
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan itu berkata, cadangan memansuhkan UPSR telah lama dikemukakan, bertujuan supaya sistem pendidikan rendah tidak hanya tertumpu kepada UPSR sahaja.
Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aildilfitri kecuali negeri Sarawak.
Sebilangan besar hospital swasta, khususnya di Lembah Klang, pada masa ini tidak dapat menerima pesakit COVID-19 lagi kerana peningkatan jumlah pesakit tersebut di fasiliti mereka dalam tempoh 14 hari, menurut Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM).
Kes positif baharu COVID-19 dalam negara kekal lebih 3,000 dengan jumlah jangkitan baharu pada 29 April adalah 3,332 kes menjadi jumlah keseluruhan 404,925 kes.
“Kalau nak buat fitnah, fitnah saya seorang sahajalah. Jangan kaitkan orang lain,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Jidin berkata perbincangan untuk memansuhkan peperiksaan berkenaan sudah dibuat sejak 2010 lagi.