awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital swasta tidak dapat terima lagi pesakit COVID-19 - APHM

Bernama
Bernama
29/04/2021
06:37 MYT
Hospital swasta tidak dapat terima lagi pesakit COVID-19 - APHM
DR KULJIT: Hospital swasta menghadapi kekangan dari segi bilangan katil pesakit dan kemudahan ICU yang boleh menampung pesakit COVID-19 serta keupayaan pakar dan jururawat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebilangan besar hospital swasta, khususnya di Lembah Klang, pada masa ini tidak dapat menerima pesakit COVID-19 lagi kerana peningkatan jumlah pesakit tersebut di fasiliti mereka dalam tempoh 14 hari, menurut Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM).
Presidennya Datuk Dr Kuljit Singh berkata semua katil yang disediakan di wad COVID-19 dan juga wad pengasingan di unit rawatan rapi (ICU) telah dipenuhi.
Beliau berkata, hospital swasta menghadapi kekangan dari segi bilangan katil pesakit dan kemudahan ICU yang boleh menampung pesakit COVID-19 serta keupayaan pakar dan jururawat.
"Kami berharap masyarakat memandang serius masalah kekurangan katil di hospital dan lebih bertanggungjawab untuk mencegah penularan serta mematuhi semua SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan.
"Ketakutan terbesar adalah jika kita menghadapi penutupan perkhidmatan kesihatan kerana tiada lagi katil dan rawatan oksigen untuk rakyat negara kita," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Kuljit turut mencadangkan agar kerajaan menghantar pesakit bukan COVID-19 menerima rawatan di hospital swasta, sebagai langkah segera untuk mewujudkan ruang bagi pesakit COVID-19 dirawat di hospital kerajaan, dengan biaya yang dipersetujui tahun lepas serta dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Beliau berkata hospital-hospital swasta telah secara aktif membantu kerajaan dalam pengurusan bersama pandemik itu termasuk menjalankan ujian saringan COVID-19, menyediakan ventilator kepada hospital kerajaan, menawarkan slot dialisis dan terkini menjalankan vaksinasi ke atas petugas hospital swasta dan tidak lama lagi kepada masyarakat di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Semalam, Malaysia merekodkan 3,142 kes positif baharu COVID-19 dengan 15 kematian, menjadikan keseluruhan kes positifi di negara ini sebanyak 401,593.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hospital swasta
#pesakit
#COVID-19
#Lembah Klang
#Persatuan Hospital Swasta Malaysia
#APHM
#Kuljit Singh
#rawatan
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan