Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 8, 2021 15:55 MYT
Mei 8, 2021 15:55 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Mei 2021.
Penyenaraian lokasi dan premis dalam sistem awaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) dapat membantu masyarakat membuat rancangan perjalanan.
Semua premis yang disenaraikan itu adalah premis berpotensi menjadi kluster sekiranya tiada tindakan awalan diambil.
Setiap kali musim perayaan, isu kenaikan harga daging, ayam mahupun kambing menjadi perbualan hangat, berpunca dari kenaikan harga makanan ruminan import beberapa kali tahun lalu.
KDN mengarahkan semua jabatan dan agensi penguatkuasaan di bawahnya meningkatkan bilangan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar SOP.
Pakar psikologi, Prof Datin Mariani Md Noor, mahu semua pihak menyedari impak tindakan masing-masing bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga orang lain.
Polis Selangor mengesahkan berlaku peningkatan ketara sehingga 100 peratus terhadap permohonan rentas negeri sejak dua hari lalu.
Malaysia merekodkan 4,519 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 436,944 kes.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Empat varian COVID-19 yang membimbangkan telah dikesan di Malaysia iaitu dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan, Nigeria dan India setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan mulai 10 Mei sehingga 6 Jun 2021, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Semua bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarah tutup bermula Isnin ini.