awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jauhi lokasi, premis berisiko tinggi dalam HIDE - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2021
05:00 MYT
COVID-19: Jauhi lokasi, premis berisiko tinggi dalam HIDE - Khairy
Khairy berkata, penyenaraian lokasi serta premis di bawah HIDE amat penting dan wajar dilakukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyenaraian lokasi dan premis dalam sistem awaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) dapat membantu masyarakat membuat rancangan perjalanan.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan kunjungan ke lokasi dan premis yang disenaraikan dalam HIDE.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, HIDE membolehkan intervensi awalan, iaitu satu tindakan wajar untuk mengelak kluster baharu.
Khairy dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjelaskan, penyenaraian lokasi serta premis itu amat penting dan wajar dilakukan.
Ia berikutan bilangan kes-kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan setiap hari kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan.
Jelasnya, dalam tempoh tujuh hari yang lalu, sebanyak 23,712 kes baharu positif COVID-19 telah direkodkan.
Pada masa sama, kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke unit rawatan rapi meningkat sebanyak 21 peratus, berbanding minggu sebelum ini.
Pada 4 Mei lepas, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersetuju mengeluarkan senarai lokasi serta premis berisiko yang dikenal pasti oleh HIDE sebagai lokasi titik panas penularan COVID-19.
Sumber Facebook officialmosti
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Facebook
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#unit rawatan rapi
#intervensi
#kluster
#HIDE
#titik panas
#penularan
#sistem amaran awal
#Majlis Keselamatan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan