KUALA LUMPUR: Empat varian COVID-19 yang membimbangkan telah dikesan di Malaysia iaitu dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan, Nigeria dan India setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, bagi varian UK atau B.117, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan lapan kes dari luar negara telah menjangkiti komuniti.
"Varian UK atau B.117, setakat ini kita ada lapan kes ini di mana kita ada lima kes import iaitu dua ahli perniagaan dan saringan pelajar dari UK dan dua pulang dari Poland serta tiga kes tempatan yang bawa varian ini di Sandakan.
"Namun, kita tidak pasti macam mana ia menjangkiti (orang) tempatan sebab itu kita bimbang. Namun ia telah dikesan dalam komuniti," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Sabtu.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 4,519 kes baharu, 25 kematian
Dalam pada itu, turut dikenal pasti, varian Afrika Selatan dan Nigeria yang telah memasuki negara.
Setakat ini, katanya varian Afrika Selatan (SA) telah menyebabkan 48 kluster.
"Varian SA iaitu B.1351, kita berjaya kesan 48 kes, antara di Kluster Jalan Lima iaitu empat kes, kluster Kebun baru (9), Kluster Teknologi Emas (tiga), Kluster Jalan Canning Estate Ipoh (10), Kluster Kg. Bunut Sarang Burung (10), kluster saringan kontak (11) dan satu kes dalam penyiasatan.
"Kita juga ada Variant of Interest (VOI) iaitu varian Nigeria yang telah dikenal pasti, dua kes pulang dari negara UAE dan bukan warganegara, dan mereka positif semasa diasingkan di pusat pengasingan," ujarnya.
Sementara itu, varian India yang dikesan mempunyai mutasi berganda setakat ini berjaya dikesan dan melibatkan seorang pekerja asing yang pulang dari negara itu pada 10 April lalu.
Bagaimanapun, kes berkenaan berjaya dikesan dan diasingkan, katanya.
"Kita ada varian India iaitu satu kes iaitu mutasi dua kali ganda, satu kes dari India, pekerja warganegara itu balik ke India dan bawa jangkitan apabila balik ke Malaysia pada 10 April.
"Kita perketatkan sempadan antarabangsa kita pada 28 April... kita berjaya kesan dan asingkan kes tersebut," katanya lagi.
Astro Awani
Sat May 08 2021

Varian India yang dikesan mempunyai mutasi berganda setakat ini berjaya dikesan melibatkan seorang pekerja asing yang pulang dari negara itu pada 10 April lalu. - Gambar fail/ Reuters

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

Murid ditampar: Polis akan rakam keterangan guru, beberapa individu
Polis akan merakam keterangan seorang guru dan beberapa individu lain bagi siasatan lanjut berkaitan dakwaan seorang murid yang ditampar.

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, adalah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya New York.

PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO
Senarai rasmi calon-calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.

Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.

Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM rakam penghargaan 35 tahun khidmat, sumbangan Dr Noor Hisham
Dr Zaliha berkata dalam tempoh itu, Dr Noor Hisham mencatatkan banyak penglibatan dan pencapaian di dalam negara mahupun di peringkat global.

Dr Noor Hisham pengerusi mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO
"Ini pengalaman seumur hidup mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

'Wira Perang' COVID-19, Noor Hisham bersara selepas 35 tahun berkhidmat!
Bapa kepada enam anak berusia 60 tahun itu memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013.

KKM lulus produk Koselugo dengan status "Orphan Medicine"
Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan kepada produk yang telah diberikan status "Orphan Medicine" iaitu Koselugo Hard Capsules 10 miligram (mg) dan 25 mg.

COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah
KKM mengesan peningkatan kes COVID-19 serta bilangan kluster dari 26 Mac hingga 1 April lalu, susulan pembukaan semula sekolah di seluruh negara.

Peningkatan kluster COVID-19: KKM saran lakukan saringan kepada pelajar, guru
KKM menyarankan untuk melakukan saringan kepada pelajar, guru dan kakitangan susulan 11 daripada 18 kluster COVID-19 yang dilaporkan dari 26 Mac hingga 1 April, adalah kluster pendidikan.

Kes demam denggi catat peningkatan, satu kematian minggu lepas - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.