Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 10, 2021 15:54 MYT
Mei 10, 2021 15:54 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Mei 2021.
Orang ramai disaran melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Polis mengesan pengguna jalan raya menggunakan pelbagai alasan tidak munasabah seperti menghantar baju dan kuih raya untuk membolekan mereka merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran.
Disiplin dan kawal diri penting dalam setiap individu semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Selepas dua hari hilang dihanyutkan arus deras, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2 di sini, dijumpai pada jam 7.30 pagi Isnin.
Sebanyak 3,807 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 444,484 kes.
Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara yang dinamakan dalam tuntutan sivil oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd pada Jumaat lepas.
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.
Polis Melaka menafikan telah mengeluarkan kompaun terhadap penyanyi dan pelakon, Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), dalam satu majlis di sebuah hotel di Melaka yang tular baru-baru ini.
olis berjaya mengesan taktik penyalahgunaan pas pekerjaan oleh segelintir individu untuk merentas negeri bagi tujuan menyambut Hari Raya Aidilfitri.