SEREMBAN: Selepas dua hari hilang dihanyutkan arus deras, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2 di sini, dijumpai pada jam 7.30 pagi Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Seremban, Khir Amir Ahmad berkata mangsa Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, 8, ditemui terapung di dalam kolam takungan air Taman Arowana iaitu kira-kira 1.2 kilometer dari lokasinya terjatuh.
"Sebelum dijumpai, anggota kita telah buat rondaan setiap dua jam sekali sejak jam 2 pagi tadi (Isnin) dan ketika mahu memulakan operasi seterusnya pagi tadi, empat anggota kita ternampak mayat mangsa terapung.
"Ketika ditemui mangsa berseluar pendek dan dalam keadaan tertiarap," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kedalaman paras air kolam takungan ketika itu kira-kira satu meter dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk tindakan lanjut.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2 di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dipetik sebagai berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly dikatakan tergelincir ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras ketika bermain dengan abangnya berusia sembilan tahun dan seorang lagi kawan mereka berusia 12 tahun.
Artikel asal di Sinar Harian: Mayat kanak-kanak jatuh longkang ditemui terapung
BACA: Pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas diperluas hingga ke Sungai Linggi
BACA: 'Selamat tinggal' ayat terakhir sebelum dihanyutkan arus deras
BACA: Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas sempat ucap selamat tinggal
Sinar Harian
Mon May 10 2021
Mohammad Syafiq Mustaqim ditemui terapung di dalam kolam takungan air Taman Arowana iaitu kira-kira 1.2 kilometer dari lokasinya terjatuh. -Foto JBPM
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Mayat Syafiq Mustaqim dijumpai terapung dalam kolam takungan air
Mohammad Syafiq Mustaqim ditemui terapung di dalam kolam takungan air Taman Arowana iaitu kira-kira 1.2 kilometer dari lokasinya terjatuh.