MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Mei 2021.
Menurut polis Putrajaya, siasatan awal mendapati, sambutan hari raya itu hanya dibuat dalam kalangan keluarga menteri itu sahaja dan tidak membabitkan pihak luar.
Kematian Haziq akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat - Pakar forensik
2. Ia disahkan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik KKM Datuk Dr Zahari Noor menerusi kenyataan yang dikeluarkan selepas bedah siasat dijalankan.
Anwar berkata, situasi ketika ini menunjukkan, usaha menyelamatkan Palestin tidak boleh diharapkan kepada badan dunia lantaran kelemahan negara Islam itu sendiri.
Kewajipan untuk mempertahankan Palestin dan membebaskannya adalah lebih besar tanggungjawabnya buat seluruh umat Islam.
Allahyarham yang berusia 27 tahun dan berasal dari Johor Bahru itu dikebumikan pada jam 1.40 pagi di Tanah Perkuburan Taman Koperasi, Serkam, Melaka.
Kanak-kanak berusia 4 tahun itu berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat selepas lebih 15 jam dilaporkan hilang bersama bapanya.
Bakal penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) disarankan agar tiba di lokasi berkenaan antara 15 minit dan 30 minit dari masa yang ditetapkan.
Malaysia menzahirkan rasa kesal dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilihat masih membisu dalam menangani keganasan rejim Israel terhadap Palestin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memberitahu, sebanyak 43 kematian membabitkan warganegara manakala seorang lagi bukan warganegara.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Kerajaan Malaysia akan bersama-sama mengutuk dan mengecam sekerasnya tindakan Israel ke atas Palestin ketika ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami