awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah atlet memanah Haziq Kamaruddin selamat dikebumi

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
14/05/2021
22:09 MYT
Jenazah atlet memanah Haziq Kamaruddin selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 1.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Taman Koperasi, Serkam, Melaka iaitu di kediaman keluarga isterinya. -Astro AWANI
JASIN: Jenazah atlet memanah negara Haziq Kamaruddin selamat disemadikan pagi tadi.
Allahyarham yang berusia 27 tahun dan berasal dari Johor Bahru itu dikebumikan pada jam 1.40 pagi di Tanah Perkuburan Taman Koperasi, Serkam, Melaka berhampiran kediaman keluarga isterinya.
Terdahulu, jenazah yang selesai dibedah siasat di Hospital Kajang dibawa pulang ke Melaka dan disembahyangkan di Surau al-Taqwa, Taman Koperasi sebelum disemadikan.
Proses pengebumian yang hanya melibatkan keluarga terdekat itu berlangsung ringkas dan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
Turut mengiringi jenazah ialah balu Allahyarham, Shahira Abdul Halim dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Belasungkawa | Jenazah Haziq Kamaruddin selamat disemadikan
Pemanah recurve itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang pada 9.37 pagi Jumaat selepas dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Kajang.
[TERKINI] Pemanah negara, Haziq Kamaruddin meninggal dunia
BACA: Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
BACA: Hormati pemergian Haziq, jangan buat spekulasi - Reezal
Haziq pernah mewakili negara dalam dua temasya sukan iaitu Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016.
Beliau juga sebelum ini banyak mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa dengan meraih pingat emas pada Kejohanan Memanah Asia 2011 di Tehran, Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2017 di Malaysia.
Haziq Kamaruddin | Agong dan Permaisuri zahir takziah
Topic Berkaitan
#Haziq Kamaruddin
#selamat dikebumikan
#Atlet memanah
#Tanah Perkuburan Taman Koperasi
#Surau al-Taqwa
#atlet meninggal dunia
#Shahira Abdul Halim
#Ahmad Shapawi Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan