Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Mei 2021.
Antara syarat tersebut ialah kerajaan perlu memberi bantuan one-off kepada golongan B40 dan M40, moratorium pinjaman bank selama tiga bulan, dan rebat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Seorang lelaki yang menjadikan anak kandungnya sebagai pemuas nafsu sejak berusia enam tahun direman selama tujuh hari pada Sabtu.
Petugas Jabatan Kesihatan akan bergerak sendiri ke pulau-pulau sekitar Sandakan untuk menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak lama lagi.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan pesawat dengan nombor pendaftaran milik syarikat Israel melalui ruang udara negara baru-baru ini.
Kes melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang dilaporkan diperiksa dalam sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Polis menafikan kesesakan berlaku di Plaza Tol Gombak pada pagi Sabtu adalah kerana tindakan orang ramai yang cuba merentas daerah atau negeri tanpa kebenaran.
Menjengah usia 68 tahun bulan hadapan, seniwati, Fauziah Nawi sangat khuatir dengan situasi COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Kes kematian harian akibat COVID-19 melonjak kepada 98 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu, tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini tahun lalu.
Kerajaan Sarawak akan mengkaji garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dilaksanakan di seluruh negara berkuat kuasa 1 Jun ini.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan negara kini sudah tiba pada tahap doktor terpaksa memberi keutamaan kepada pesakit COVID-19 yang mempunyai kadar kesembuhan tinggi di unit rawatan rapi (ICU) hospital berikutan kapasiti yang terhad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

