ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Jun 2021.
1. PH tolak cadangan Tun M tubuh MAGERAN
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diwujudkan kembali Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
2. Vaksin COVID-19: Jumlah suntikan harian mencapai angka 157,949
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 4.1 juta dos.
3. Pemilik akaun Instagram 'safieyillias94' ditahan - Polis
Polis mengesahkan telah menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak bawah umur.
4. UMNO tolak darurat, Parlimen wajar bersidang - Zahid
UMNO mengambil pendirian agar darurat yang sedang berkuat kuasa sekarang ditamatkan selepas 1 Ogos dan Parlimen dapat diteruskan seperti biasa.
5. Usahawan kosmetik, rakan direman tiga hari
Kedua-dua individu berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan dakwaan membuat komunikasi lucah dan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur dalam satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial.
6. Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof disahkan positif COVID-19
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pada Khamis.
7. Lima individu didakwa culik dan bunuh di Ipoh
Lima individu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan menculik dan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung dalam Sungai Kinta, di Ipoh, bulan lalu.
8. COVID-19: 6,849 jangkitan baharu, 2,558 kes di Selangor
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada 6,849 jangkitan baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 2,558 kes dilaporkan di Selangor.
9. 'Total lockdown' di seluruh negara disambung sehingga 28 Jun
Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'total lockdown' di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu, disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun.
10. Sarawak, Sabah ikut kerajaan pusat lanjutkan 'total lockdown' sehingga 28 Jun
Susulan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'total lockdown' sehingga 28 Jun ini, Sarawak memutuskan untuk melaksanakan perkara sama.
Astro Awani
Fri Jun 11 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Jun 2021.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.