IPOH: Lima individu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan menculik dan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung dalam Sungai Kinta, di Ipoh, bulan lalu.
Basharuddin Hammersla, 26; S. Jeyenthiran, 34; S Simeon, 31; T. Selvamani, 40, dan V. Thiruganesh, 36 mengangguk faham apabila pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama dua lagi yang masih bebas didakwa membunuh A. Preshna, 40, di Jalan Che Puteh, Ipoh antara jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang, 23 Mei lalu.
Mereka didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Jeyenthiran, Simeon, Selvamani dan Basharuddin turut didakwa menculik mangsa yang sama di bangunan terbiar Jubilee Park juga di Ipoh kira-kira jam 7.30 pagi pada hari yang sama.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh dihukum mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan tiada jaminan diberikan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Ogos hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, K Darinee, manakala tertuduh diwakili Peguam Nahtan Krishnan dan Charan Singh.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jun 11 2021
Mereka didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Muhyiddin didakwa di mahkamah hari ini
Difahamkan sejumlah tujuh pertuduhan akan dibuat ke atas bekas Perdana Menteri itu.
Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini
Pelakon berusia 38 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian
Mahkamah menetapkan 20 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula kes serta serahan laporan forensik dan kimia.
Penolong pengurus didakwa buat hantaran jelik di Twitter
Mohamad Arif didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Wanita dakwa dirogol polis ketika dalam tahanan dihadap ke mahkamah edar dadah
Seorang wanita yang mendakwa dirogol pegawai polis ketika dalam tahanan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengedar dan memiliki dadah.
Lima individu didakwa culik dan bunuh di Ipoh
Lima individu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan menculik dan membunuh seorang lelaki bulan lalu.
9 suspek bunuh remaja akan didakwa
Sembilan suspek yang mempunyai kaitan dengan kes seorang remaja perempuan ditemukan mati akan didakwa hari ini.
Peniaga didakwa rogol anak tiri 15 tahun dalam kereta
Tertuduh didakwa merogol anak tirinya dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Bagan Jermal.