Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 17, 2021 15:59 MYT
Jun 17, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Jun 2021.
Majlis Presiden Pakatan Harapan tegas menggesa Perdana Menteri menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah supaya mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kini tertakluk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukan tarikhnya.
Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan.
Seramai 27 daripada 5,574 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2020 memperoleh gred Mumtaz atau cemerlang.
Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan laporan yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia.
Kerajaan sedang mengkaji semua langkah sedia ada selain bantuan tambahan yang boleh dilaksanakan pada fasa kedua, ketiga dan keempat Pelan Pemulihan Negara.
Sebanyak 5,738 jangkitan baharu positif COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 678,764 kes.
Pergerakan Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis berhubung dua hantaran di media sosial yang disifatkan berbaur fitnah berhubung pemberian telefon pintar percuma oleh Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.
Majikan sektor perkilangan akan dikompaun terus tanpa amaran jika melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini.
Kerajaan perlu mempertimbangkan pembukaan segera Parlimen untuk memastikan segala persoalan mengenai isu COVID-19 dijawab.
#berita pilihan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Yang di-Pertuan Agong
#PDRM
#Pakatan Harapan
#Muhyiddin Yassin
#undang-undang
#COVID-19
#vaksin
#PKP