awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadi, bilakah Parlimen akan bersidang?

Israr Khalid
Israr Khalid
17/06/2021
00:30 MYT
Jadi, bilakah Parlimen akan bersidang?
Tidak kira bila ia akan dibuka semula, sidang Dewan Rakyat akan datang diharap akan berlangsung dengan lebih matang, telus dan fokus untuk membincangkan solusi kepada segala permasalahan negara ketika ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sesi pertemuan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan para pemimpin politik dan Raja-Raja Melayu telah pun dirumuskan.
Hasilnya, Istana Negara memperkenankan supaya sidang Parlimen dibuka semula.
Namun persoalannya, bila?
Menurut Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, kini tertakluk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukan tarikhnya.
Ia selaras peruntukan dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Kata Nik Ahmad Kamal, walaupun Seksyen 14 (1)(b) jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil dan membubarkan Parlimen pada satu tarikh yang baginda rasakan sesuai, ia juga atas nasihat Perdana Menteri selaku ketua kerajaan.
“Kalau kita sorot balik pada 24 Feb 2021, Istana Negara juga keluarkan satu kenyataan oleh Yang di-Pertuan Agong menyarankan supaya Parlimen dibuka, dengan syarat ia dipersetujui oleh Perdana Menteri sebagai ‘Leader of the House’.
“Kenyataan Istana Negara hari ini (16 Jun) jelas bahawa ia diulang dan ditekankan sekali lagi. Dan kalau kita rujuk pada peraturan sidang Parlimen sebelum darurat, maka amalan yang digunakan ialah ‘Leader of the House’ iaitu Perdana Menteri akan memanggil sidang Parlimen.
“Jadi, dalam konteks ini, Ordinan Darurat Seksyen 14 (1)(b) itu menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil sidang Parlimen dengan nasihat Perdana Menteri,” jelasnya.
Tidak kira bila ia akan dibuka semula, sidang Dewan Rakyat akan datang diharap akan berlangsung dengan lebih matang, telus dan fokus untuk membincangkan solusi kepada segala permasalahan negara ketika ini.
BACA: Tidak perlu lanjutkan darurat: Ini 7 perkara disepakati Raja-Raja Pemerintah
BACA: Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong
BACA: Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - Agong
Felo Penyelidik Ilham Centre Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid menegaskan, dalam konteks ini kerajaan memainkan peranan untuk mengawal agenda perbahasan supaya ia terarah kepada matlamat bersama.
“Untuk kita memastikan apa sahaja ordinan yang telah dibentangkan semasa darurat itu berjaya dibahaskan, dan lebih penting lagi adalah seperti yang disarankan oleh Majlis Raja-Raja, supaya berlakunya ketelusan dalam pentadbiran kerajaan, ini adalah tanggungjawab semua.
“Harapan saya kepada rakyat supaya kita terus memberikan tekanan semampu boleh mengikut lunas undang-undang agar demokrasi berjaya dipraktikkan dan Parlimen itu menjadi tempat di mana suara kita boleh didengar,” jelasnya.
Tonton sesi penuh bual bicara bersama Nik Ahmad Kamal dan Hamidin dalam Agenda AWANI bersama hos, Dzulfitri Yusop, di sini:
Agenda AWANI: Analisis pasca sesi perbincangan Khas Raja-Raja Melayu
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Parlimen
#Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 2021
#Al-Sultan Abdullah
#Yang di-Pertuan Agong
#undang-undang
#Muhyiddin Yassin
#Melayu
#darurat
#Dewan Rakyat
#Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
#Hamidin Abd Hamid
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan