MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Jun 2021.
Parlimen mempunyai kelengkapan mencukupi untuk melaksanakan sidang Dewan Rakyat secara hibrid pada bila-bila masa, jika perlu, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
'Ada masa saya tiada beras, terpaksa meminta kepada yang ada' - Ibu tunggal M40
2. Setelah hilang pekerjaan, kehidupan Siti Suzanne berubah daripada seorang yang berkerjaya dalam golongan M40 kepada golongan susah di bawah kategori B40.
Terdesak semasa PKP menyebabkan ada penduduk tempatan yang sanggup bersekongkol dengan sindiket penyeludupan rokok haram, kata Datuk Seri Akhbar Satar.
Mohd Syahbuddin Hashim jadi bekas pesakit COVID-19 pertama mendokumentasi kisahnya selama 15 hari dijangkiti virus itu, dalam bukunya Daku YB COVID-19.
Dua saksi termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong, akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini secara tertutup, mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009.
Tindakan sesetengah pihak yang menularkan sepucuk surat kononnya Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri seterusnya, adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
Seorang pengurus syarikat direman empat hari sehingga 27 Jun ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak bernilai RM60 juta di sebuah kementerian.
Hanya makan bubur sehari sekali dan kutip sayur-sayur di tepi jalan. Itu rutin yang dilalui seorang ibu tunggal di sini sejak dua tahun lalu selepas hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kes harian COVID-19 menunjukkan peningkatan hari ini, dengan 5,841 lagi kes baharu dicatat dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes kumulatif kepada 716,847 kes.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pakej bantuan COVID-19 dalam skala besar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami